Wednesday, February 18, 2009
:: Pengorbanan ::
Tuesday, February 10, 2009
Puteri Gunung Ledang Teater Muzikal

satu jer... disbbkn aku duduk sebelah asit kan, so.. aku rasa tak berapa nak fokus laa.. lain yg aku tgk, lain yg kitorang ni pikir. Bila tgk putri agus kat atas bukit tu, aku tringat citer pocahontas, si asit ni pulak, tringat citer lion king! mana la tak gelaknya kitorang... adeh laa.. nasib baik boleh control. Ko mmg lah sit, pecah lemak2 tepu aku malam tu.

habis teater kul 12am. hantar asit balik, tp kena isik perot dulu... dah kenyang baru lah tolak balik ke rawang. tenkiu sit sbb banjer makan. aku smpai umah kul 6 pagi... sbb apa? sbb terlelap kat hi-way. kat iklan kan ada kata, kolo ngantuk, jgn memandu, tido di tempat yg selamat. so, sbb dh ngantuk bebeno, aku ngn hubby terlelap smpai le ke pagi kat dlm keter. heheh!
Thursday, February 5, 2009
Mak warded lagi..
Kami bertolak ke KL jam 930pm lepas makan malam. Rindu aku pada anak2 seharian tak jumpa... alhamdulillah, abt 12.30am aku dh sampai rawang. Bantai tido jer td dlm keter. Kalau aku smpai rawang kul 1230am, maknenya, abg chik drove lebih kurang sejam setengah jer lah kot. Laju gak tuuu!! hehe... sampai umah jer anak2 masing2 dah melepak ketiduran dibuai mimpi nan indah. Lepas mandi aku baring dan cuba lelapkan mata.... tapi asik tringat mak jer kat spital tu... moga mak cepat sembuh dan ceria seperti selalu...
Tuesday, February 3, 2009
Memori memori tahun 2008
8 Feb 2008
Majlis sambutan harijadi abah yg julung kalinya dibuat ala2 grand gitu. Abah jemput orang2 kampung makan tengahari lepas solat jumaat. Ramai yang datang meraikan. Hadiah harijadi abah jugak julung kalinya 10x lebih grand. Kami sepakat adik beradik share tiap2 orang untuk beli hadiah nie... as well as monthly payment. Dari abah kawen, smpai lah ada anak 6 orang, abah tak pernah beli and pakai benda ni. Sedangkan anak2 abah semuanya ada 2 bijik sorang. Nnti abah boleh lah bawak mak pegi jalan2 keliling kampung and terutama sekali boleh bawak mak pegi nursery beli bunga banyak2. hehe... sbb mak salu tumpang anak2 jer ke sana sini selama ni. Disebabkan hadiah tu masih dlm proses nak kuarkan dari kilang sbb masih baru launching, so kami terpaksa buat replika jer lah. Malam keesokannya, kami sefamily pegi ke medan ikan bakar Sabak Awor, Muar pulun 2-3 macam ikan bakar. Memula kitorang nak tong2 sama2, tapi pak su nuar dengan kemurahan hatinya yg memang selalu murah hati lah kot, telah membelanjakan sejumlah duit tabungnya (duit tabung ke duit poket?) membayar segala makanan dan minuman pada malam tu... moga murah rezeki hendaknya... ada pantun nie:
ikan tenggiri di dalam kolam
di dalam kolam ikan tenggiri
kalau mau beli ikan tenggiri
jgn beli di dalam kolam
terima kasih daun keladi
korang banyak duit, belanja2 lah lagi...
And... the real BIG gift arrived on 23 Feb during engagement day of Kak Ngah. Rasanya mak dan abah adalah orang yg paling happy in the world masa tu... moga kalian panjang umur dan sihat selalu.
23 Feb 2008
An engagement day of Kak Ngah and Fayadh. Kak Ngah nampak ayu bak perempuan melayu terakhir (mesti kembang lubang idong nih kolo dia baca). tak der lah nmpak mcm budak sekolah jadi model ala2 pengantin... kiranya muker tu nmpak lah mcam cikgu sekolah nak naik pelamin. hehe... tengok cik abang fayadh tu kan, macam nak 'forwaaarddd' jer... mcm dh TAK sabo2 sangaaattt jer!ekekek... malu2 kucing lah konon! eleeehh! Anyway, congratulations to both of you! wishing u happiness and gud luck in your future undertakings. CHEERS!!
13 Mac 2008
Habiskan masa kat Port Dickson. Aku masih tak der mood sgt masa tu sbb aku masih lagi all day sickness. Pembawak budak! Pegi mana2 pun muker monyok jer.. tak lalu nak makan, tak lalu nak jalan, tak lalu nak borak2, tak lalu nak lalu lalang, tak lalu nak havock, (sbb salu aku ler yg paling kepochi ngn maksu), masa tu aku cuma lalu baring jer. Mak bawak foods mcm nak duduk sana seminggu aku rasa. Banyak sgt2.. ada asam pedas ikan mayong, ada ayam goreng rempah, ada sambal goreng, ada apa lagi ek? haa... ada kacang kuda rebus lagi!! apa lagi.. melantak jer la kejenya.. sonot makan ramai2 nih...
26 May 2008
Pegi menyejukkan diri kat Genting Highland pulak kali ni. Haa.. masa ni perut aku dah memboyot! Dah tujuh bulan dh masa tu. Bila perut dah boyot, aku suka jalan2... kami naik cable car. Tu first time mak and abah naik cable car... mak kata: dah ckuplah dah dapat merasa naik cable car, pah ni takmo naik lagi dah. hehe.. mesti mak abah serik nak naik lagi. sbb takut mak penat berjalan, kami turun ke resort lepas dh puas sight seeing ngn shopping bermcm2 jenis sotong kering. Memang enjoyed!
1 Oktober 2008
Selamat Hari Raya Puasa! First day tu kami semua pegi beraya kat area layang2, johor pegi menziarahi sanak saudara. Sesekali jumpa sepupu sepapat, mmg jadik kecoh! Malam raya ketiga as usual, acara tahunan yang paling ditunggu2 ialah, majlis BBQ+games+bunga api+mercun. Korang ingat lagi tak? masa games rebut kerusi, pak teh menang akhirnya and bila tiba acara penyampaian hadiah, dengan bangganya pakteh dapat title berus jamban! sbb apa? sbb dpt hadiah berus jamban.. ahahha! games lain yg kitorang buat malam tu antaranya ialah jalan itik dan pecah belon untuk kategori kanak2: juara fariez and alin, makan telur rebus smpai licin untuk kategori remaja: juara azri sbb dia mmg suka makan telor pun!Lepas penat main games, satu kampung pulak dibisingkan dengan acara bakar mercun and bunga api. Ada org kg smpai kuar umah sbb nk tgk fire cracker dari jauh. Dan derang mmg dah maklum, kalau fire cracker mcm nak sambut new year tu tak lain tak bukan, mesti kat umah Mak Yah & Cikgu Bahari lah! Mmg happening lah malam tu. Episod maaf keampunan dipinta pada esok harinya berlangsung dengan gelak getawa. Sapa yang menangis tu, dialah yg paling banyak dosa tau... sapa ek?? mak su!!! ko mmg banyak dosa pun kat aku. ekekek!! hmmm.... aku tak taulah nak citer camner lg, penat nak taip berjela2. Tengokjer lah gambar2 kat bawah ni, and then buatlah karangan sendiri ek!

Click pada gambar untuk large view.
Sunday, February 1, 2009
Happy 11th Anniversary
OK nak citer sket, balik keje, aku ajak hubby pegi tesco sbb tingin pulak nak makan sushi... so kami pun bertolak lah ke sana, jalan lengang lagi mungkin sbb masih ramai yang cuti sempena chinese new year. tesco extra selayang, tempat yang salu kitorang pegi sbb boleh singgah on the way home. masa kat parking lot tu, SURPRISE!!!!!! hubby bagi aku satu beg yg tulisan kat luar beg tu tertera perkataan NIKON SLR and at the same time, he wishes me "happy anniversary and happy birthday!' aku terdiam sekejap, macam tak percayer pun ada, macam mimpi pun ada gak! hehe.... betul ke nih?? dengan linangan air mata happy yg teramat gembira... aku pun bukak lah beg tuu... dlm hati aku, Allah jer yg tau... betul ke nikon slr? eh mana lah tau kot2 beg dia jer.. tp dlm beg benda lain kan? who knows? kan surprise. then bila aku dah pegang benda tu betul2 ngn tangan aku sendri... aku menjerit ala2 manja lah gitew! pah tu aku kata: 'why did u do this to me?'... bodoh tak ayat tu? patutnya aku cakap la cmni: 'unbelievable, but believe it!' hahaha! (mcm dlm citer kat TV tu lah puLOK!) anyway, a bunch of thanks, thanks a lot, many thanks, tenkiu2, dan kawasan2 yg sewaktu dengannya buat suami ku tersayang (ummuuwah!) kerana merealisasikan impian aku yg dah bertahun jugaklah aku pendam untuk aku memiliki NIKON SLR D60 nie. InsyaAllah, aku cuba buat yang terbaik dengan adanya camera idamanku ini.
Satu jer yg buat aku ada rasa sedih... bila aku teringatkan arwah bewang, sbb dulu kami pernah cakap nak beli camera ni sama2 nak buat loan koop. Pah tu nak amik class photocamp ph tu mcm2 agendalah yg kami nak buat... tak perlah, apa2 pun tanpa bewang, akan aku cuba teruskan cakap2 kami dulu.

nie le gambar paling cun bila pertama kali aku pakai dslr cemera nie