Saturday, June 27, 2009

a bunch of thanks!!

many2 many2 thanks to you...

kerana sudi jadi ceti aku
kerana sudi jadi loan lender aku
walaupun interest tinggi
mengalahkan ahlong bukit beruntung

kak cik kata: syukur.. ada ceti beso
aku kata: betul... sbb poket dia mmg beso
semuanya2 pun beso
cuba teka apa yang paaaaling beso??

moga2 murah rezeki
moga2 tak lupa kanan dan kiri
atas bawah
barat daya
timur tengah
walaupun tsunami melanda

dah mula mengarut
baek aku cabut

sekian

terima kasih
jumpa lagi


p/s: hanya kawasan yg sewaktu dengannya sahaja yang mengerti apa yang tersirat di sebalik 'puisi' ini. : ))

Thursday, June 25, 2009

:: tangisan itu... ::

.
.


Di bawah ini hanyalah sebagai pengetahuan kepada anda sekalian untuk mengetahui kenapa perempuan mudah menangis. Supaya bagi mereka-mereka yang lelaki tahu, kenapa teman wanita mereka terlalu mudah untuk mengalirkan air mata sekiranya berlaku sesuatu dalam perhubungan.
.
Suatu hari, seorang anak bertanya kepada ibunya, “Ibu, mengapa ibu menangis?
”Ibunya menjawab, “Sebab ibu adalah perempuan, nak.”
.
.
“Saya tidak mengerti ibu,” kata si anak.
Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. “Nak, kau memang tak akan mengerti¦”
Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya. “Ayah, mengapa ibu menangis?”


“Ibumu menangis tanpa sebab yang jelas,” sang ayah menjawab.
“Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan.”
.
.
Si anak membesar menjadi remaja, dan dia tetap terus bertanya-tanya, mengapa perempuan menangis? Hingga pada suatu malam, dia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, “Ya Allah, mengapa perempuan mudah menangis?” Dalam mimpinya dia merasa seolah-olah mendengar jawapannya:
“Saat Ku ciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama..
.
.
Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.
“Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali menerima cerca dari si bayi itu apabila dia telah membesar.
.
.
“Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.
.
.
“Ku berikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, walau sakit, walau penat, tanpa berkeluh kesah.
.
.
“Kuberikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam apa jua keadaan dan situasi. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada anak- anak yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didakap dengan lembut olehnya.
.
.
“Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sukar dan menjadi pelindung baginya. Sebab bukankah tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak..?
.
.
“Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahawa suami yang baik adalah yang tidak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.
.
.
“Dan akhirnya, Kuberikan wanita air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat dia gunakan bila-bila masa pun dia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah “air mata kehidupan.”
.


.

susah

*
*
*
kali ni aku nak menyusahkan orang2 yg terdekat dengan aku....
cuma kali ini... pertama dan terakhir!!
*
*
*
mungkin
inilah
impian terakhir seorang perempuan bernama
*
*
A..K..U..
*
*

Wednesday, June 24, 2009

Anak itu Kupu Kupu SYURGA

.
Keistimewaan yang bakal diperoleh apabila anak-anak anda boleh digelar kanak-kanak atau kupu-kupu syurga.
.
.
Barangsiapa yang mengembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas tubuhnya. Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak.
.
.
Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak. Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama. Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknya itu turut diperolehinya.
.
.
Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan. Aqrak berkata "Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah aku cium.." Sabda Nabi SAW; "Orang yang tidak menyayangi tidak pula akan disayangi."
.
.
Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganya dan dia memikulnya ke rumah; pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat.
.
.
Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
.
.
Seorang lelaki bertanya; "Ya Rasulullah, kepada siapakah harus aku berbakti?" Jawab baginda; "Berbaktilah kepada ibu bapamu."Kata lelaki itu lagi; "Ibu bapaku sudah tiada lagi."Sabda Nabi SAW; "Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu."

Monday, June 22, 2009

jambu jambuan

.
about 3 years the pokok jambu ni tak pernah berbuah... sehinggalah pada satu hari di awal tahun 2009, aku berdiri di hadapan pokok jambu ni dan berkata pada suamiku:
.
"yang, kita tebang jer lah pokok jambu ni... dh bertahun dah tak der buah pun! menyemak jer lah kat depan umah ni"
.
then laki aku kata: " ha ah laa.. dh monopos agaknya..."

.
nak dijadikan cerita, lepas beberapa bulan ... balik dari kerja aku pun bukaklah fridge... terpandang lah satu besen tu berisi penuh dengan jambu air kaler merah... ada beso, ada kecik... so aku tanya lah bibik, sapa yg bagi jambu banyak gini? bibik pun kata, jambu tu petik dari pokok depan umah buk! aku pun ala2 tergezut beruk lah kejap. bila masa lah pulak pokok tu berbuah, tak nmpak pun buah2nya... tau2 jer ada sebesen.. mcm org kata: ribut tak, ujan pun tak, tau2 perut dah beso! -- ala lebih kurang la tuu.... sama jer konsep dia ngn pokok jambu ku ini. bibik kata: ada banyak buahnya buk, didalam pokok.... heheh.. cam tak pecayer lah pulak aku. tu lah, hari2 lalu tepi pokok tu pun tak nampak. sbb apa? sbb dlm hati dh niat nak tebang itu pokoklah...
.
history--aku beli anak pokok jambu ni masa balik dari menghantar mak usu di perantauan kat ITM JCC (jengka city center) dulu tahun bila tah aku pn dh lupa. mak usu pun dah ada anak umor 2 thun sekarang... kira berkurun lama lah jugaklah hayat pokok jambu ni...
.
alhamdulillah... selamaaaaat pokok jambu tu dari ditebang sbb telah membuahkan hasil yg agak lumayan... dah bawak pegi opis, dah bagi jiran2 bakang umah, dah makan cicah smbal kicap berpinggan2.... DAN sekarang ni berbuah lebat lagi, laaagggiii LUMAYAN!! kali ni aku nak bagi jiran2 sebelah2 umah lah pulak.
.
agaknya dia dah makan jamu kacip fatimah kot, tak pun jamu serapat wangi sendayu tinggi kot! tu yg tak jadik nak monopos tu.... ekekekek!!! sukati aku jer. so kan, len kali kan, kalau ada pokok2 yg rasa2 nya nak monopos tu kan, cakap kuat2 kat depan pokok tu... "aku nak tebang jer lah, dah nak monopos dah pokok ni agaknya" -- haaa.. cakap lah cam tu... sure nanti minggu depan dah berbuah lebat! naper? tak pecayer ker? cuba laah....


sungguh enak dimakan begitu saja
lom nak monopos laaa...
inilah hasilnya setelah makan jamu serapat wangi... hehe
teringin? meh la datang umah...
lepas penat main basikal, petik lah jambu, makan2...sonot tau.
.
.
^O^


abah... happy father's day!


abah... happy's father's day!

abah:
-- seorang yg penyayang, pendiam tapi sesekali kelakar
-- seorang guru yang dedikasi
-- seorang yg penyabar
-- seorang yg menghargai and mengingati

abah:

abah yang aku kenali selama 33 tahun dan seingat aku abah tak pernah marah anak2 apatah lagi cubit dan rotan! kalau salah, abah tegur ataupun abah cuma diam. masa kecik2 dulu, aku manja dengan abah, di sekolah dialah guru besar aku, dia lah guru kelas aku, di rumah.. dia lah abah aku. bila naik motor aku tidur, abah pegang aku biar tak jatuh... bila aku merajuk, aku duduk ujong belakang2, and abah bawak motor slow jer... sbb takut aku jatuh, nak pegang tak boleh sbb tangan abah tak sampai. degilnya aku masa tuu...!! bila aku malas nak mandi, abah suruh aku cium ketiak abah... nnti aku lari lintang pukang ke bilik air. kalau tak, haaa.. kena la cium ketiak abah yg wangi tu! tiap2 malam abah angkat aku ke bilik tidur sbb aku dh tido dulu kat depan tv... abah tak pernah kejutkan aku suruh masuk bilik sendiri. kdg2 aku buat2 tertidur sbb aku suka kena angkat... abahlah mangsanya. tiap2 bulan bila tiba hari gaji, abah bawak aku, mak and kak cik pegi makan mee bandung muar, kadang2 abah belikan baju baru untuk kami. masa yang aku tunggu2... naik teksi.. jalan2... (abah tak de kereta). pernah aku tanya, kenapa abah tak beli kereta... abah kata: nak buat apa, kereta lama2 buruk tak boleh pakai. hehe.. aku diam sbb aku kecik lagi aku tak tau. bila aku demam, abah jaga aku malam2... bila aku gatal2 abah akan letak bedak satu badan. abah sapu2 sampai aku tertidur... bila aku bising malas nak tolong abah kat kebun getah, abah kata: eehhh... getah ni bau wangi... bau duit tuuu!! nnti aku jawab: mana ada getah bau duit pulak, getah tu getah laa.. tetap bau busuk! bila aku sakit kepala, abah takkan berenti picit kepala aku... huhu!
.
.
dan sekarang, bila aku dah besar dh ada anak2 sendiri... baru aku tau... mmg betul getah tu bau duit, sbb dengan getah tu la... abah kumpul duit besarkan anak2... beli kebun, buat rumah... semuanya untuk anak2. masa abah diwaktu pagi dihabiskan di kebun getah dan dusun, bila tengahari abah siap2 pulak nak pegi keje, abah dulu cikgu kat sekolah agama -- abah naik motor jer, tak penah ada kete. dan aku tau kenapa abah tak beli kereta, sbb abah tak nak bazirkan duit, sbb dulu2 orang tua lebih penting anak belajar dari hidup senang. dan smpai sekarang, kalau aku sakit kepala... abah akan picit kepala aku smpai aku kata: dah lah bah...
.
.
abah... abah dah tua sekarang... banyak kedut2 kat muka abah... bila abah sakit, abah duduk sorang2 termenung. agaknya abah dah penat jaga anak2 6 orang.... masa abah sekarang, cuma untuk mak, jaga mak pagi petang siang malam tak pernah berjauhan... sbb mak sakit tak kira masa...
.
.
sesekali nampak sinar redup dan bahagia di mata abah bila tiap kali melihat anak2 dan cucu2 seramai 21 orang pulang ke rumah abah. dan sekarang abah lega... abah boleh senyum gembira sbb mak dah sihat, boleh jalan2... sbb mak dah selamat buat angioplasti awal bulan hari tu.
.
.
terasa aku ingin kembali mengulangi zaman kanak2 aku bersama abah.... rindunya aku diwaktu2 itu... kalau lah.....


> <



Friday, June 19, 2009

tanya sama pokok

:::
tanya sama pokok, apa sebab goyang
nanti jawab pokok, angin yang goncang
tanya sama angin apa sebab goncang
nanti jawab angin, tanyalah awan
awan nanti kata, aku kandung air
sampai tempat sejuk, aku pun cair
tengok dalam air, nampak bayang-bayang
campak satu batu, bayang pun hilang
tanya sama hati apa rasa sayang
apakah tandanya nampak dipandang
kumbang rayu bunga, bulan dan bintangnya
mula tanda-tanda hubungan mesra
tanya sama hari pernahkah merindu
tiba masa lena, apa mimpimu
masa berjauhan apa nan dikenang
bila difahamkan itulah sayang
jikalau tidak kerana sayang
kuntuman kasih tak mungkin kembang
andainya jemu mengganti rindu
jambangan rindu tentulah layu
tanya sama hari pernahkan merindu
tiba masa lena, apa mimpimu
masa berjauhan, apa nan dikenang
bila difahamkan itulah sayang
:::

Monday, June 15, 2009

what did we do??

what did we do last weekend?
^
^
^
- cleaned up backyard
- 'demolished' fence
- main bunga api
- went to tgv - watched jangan pandang belakang congkak
- went to nsk - bought barang2 basah + kering
- masak ketam lemak cili api + sayur campur (once in a blue moon)
^
^
^
bibik said aqeef was looking for us when we left him @ home with bibik. merangkak2 selak kain langsir bilik mama and abang. alaaa ciaaannn anak mama! next time, will bring you along, ok! no wonder la mama asik tringat aqeef jer masa kt cinema tu.... bila balik, dahi aqeef benjol sbb jatuh. nnti mama tak tinggal2 lagi aqeef kat umah. promised!





Thursday, June 11, 2009

westernia food by ayah

semalam fariez called mama, dia kata: "mama, nanti malam cakap dengan ayah, buat maggi. Fariez nak maggi, ok bye mama" -- sekejap jer dia cakap, terus letak phone. sebenonya, fariez dah 2 malam asyik cakap nak makan maggi jer... tapi ayah tak kasik makan kalau mama and ayah tak buatkan... bukan apa, sbb tak nak biasakan derang makan maggi... nnti lama2 jd maggi addicted pulak.


so, mama smpaikan message tu pd ayah... lepas solat maghrib, ayah pun hidangkan sebesen maggi untuk fariez. ayah kata: "mama jgn lupa amik gambar... bahan bukti ni". so mama pn snap lah dan2 tu jugak... nnti ayah kecik ati pulak... heheh.

tapi kan, ada lagi satu menu baru la... ayah buat... nmpak mcm sedaaaaapppp jer... ayah kata nama dia: "soseja d'late" tapi mama kata bukan laa... amik nama ni br seswai: "mamanakuni" -- muahahahahaha!!!!!! -- HANYA MEREKA DAN KELUARGA YANG TAHU.... (psst.... jgn beritau orang tau). sekian.


(ayah cakap, bahaya ni letak dlm blog, nnti anak2 buah klau balik kg sure suruh buat camni -- trademark pak uteh buat maggi sedap di malam hari..... tambah pulak paktam hidang air kopi... kopi apa? kopi ka..?? kopi ka..? kopi kaaaaaaw! ekekeke!!! hmm.. goreng pun sodap!)

Monday, June 8, 2009

journey to JB


:::
3 june 2009
mak warded to Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru
4 june 2009
she's going to have an angiogram procedure @ 10.00am
5 june 2009
mak discharged!

- moga mak cepat sembuh dan ceria seperti selalu -

our journey to JB went well without having a good plan earlier on actually. laki aku pn made up his mind last minutes to take leave. so do i...
we - aku and maksu stayed @ the embassy hotel on the 4th. we both families shared for 2-rooms apartment costs us MYR258 per nite. ok lah tu.. tong tong org kata...

4th june --depart from kg about 0915, arrive JB at 1100 - sekejap jer sbb drive keter mak su, yang lowered and power itu -- many2 thanks sbb bg pinjam. jasamu akan ku kenang. smpai hospital, mak masih di bilik OT. At 1200 noon, mak dh keluar.. alhamdulillah... mak dah selamat. semua lega esp abah. Kami masuk tgk mak at 1230, mak nampak sihat dan ceria.. cuma kaki kanan jer masih belum boleh digerakkan lagi.. kena tunggu 6 jam.

check in hotel kul 300. lepak, mandi, solat, makan pahtu tinggal anak2+bibik kat hotel. kami semua pg semula ke hospital tgk mak lagi...smpai lah kul 700. Thanks to relatives dari Layang2, kota tinggi, JB and Singapore sbb datang tgk mak.

5th june -- 1000am -- check out and pegi ronda2 danga bay, singgah rumah limas, singgah gerai2 kat danga bay. derang bgtau mak dah discharged. so, plan tukar, tak jadi ke hospital... masing2 split buat haluan sendiri. mak tam stay JB lagi satu malam, pak ngah balik kg sekali ngn mak su and mak abah jugak. aku? aku ke pasir gudang mencari seseorang yg telah lama tak jumpa. setelah sesat barat 2-3 kali pusing2 (nama jer org johor, tapi tak penah pun ke JB, kesiaann...) tanya org sana sini, akhirnya jumpa jugak mak cik and pak cik -- parents kepada Allahyarham Muliady Haron (kembali ke rahmatullah pada 2 oct 2007 due to heart problem, meninggalkan seorang isteri dan 3 anak perempuan yg masih kecil ketika itu). Allahyarham dulu satu kelas ngn aku masa sek men. Kami kawan baik tahap gaban smpai rapat ngn parents masing2. He was a good man indeed. Tak suka menyusahkan org lain... ada problem pun tak nak share ngn kawan2... selalunya dia luahkan melalui cerpen atau pun menyanyi. dia suker menyanyi -- lagu jiwang2 gitu. hehe...
ok, back to makcik and pakcik -- derang berniaga pisang goreng rupanya dah bertahun semenjak arwah meninggal sbb nak hilang rasa sedih. saja2 membusykan diri. sedih dengan cerita2 mak cik pasal arwah anaknya.... masih terbukti hati makcik dan pakcik yang masih rindukan anakya rentetan peristiwa dan pelbagai tohmahan terhadap mereka. xper lah makcik, Allah itu maha mengetahui. aku tolak pelawaan makcik untuk singgah ke rumah dia. (luper plak, kami jumpa makcik kat tepi jalan jer, kat gerai dia jual pisang goreng tu... x sempat nak pegi umah dia) -- kira jejak kasih di tepian jalanan laaa.. --ONE MISSION ACCOMPLISHED! (after 2 years in the phone reminder).

on the way balik kg, singgah Kulai felda sungai besar kot tak silap aku, ke rumah abang sulong kepada suamiku. singgah sebentar saja... then kami bertolak balik kg. smpai kg kul 1030 malam. sekian. layan jer lah gambo.. aku penat nak taip - banyak sgtsss...

di pagi hari sebelum bertolak, morning smiles!
katil mak dikelilingi oleh kanak2 ribena...

derang dh pesan awal2... jgn luper masukkn gambo ni dlm blog aku
xper lah... smpaikan hajat... layaann..

kenapa ek abah mcm tgh tahan gelak jer?? take a closer look, pleaseee..
laa.... laki ngn anak sapa la nie... patutlaa... kesian..
(jgn mare.. !! ok apa, glamer lah kejap.. huhu)

nelayan jual fresh kupang and fish... nasib baik umah jauh
kalu dekat, aku dh sebat dh sebakul!
view of singapura from johor bahru, dekaat jer rasanya... passpot xder nak ke sana,
berenang bley tak? huhu.. x smpai 10meter aku dh tenggelam kot.

singgah ke rumah limas and taman orkid... rehat jap bawah pokok

nak jugak tu amik gambo kat sebelah mesin getah tuu... layaann...


ikan ni mcm nak beramas mesreee jer ngn fariez... mcm borak2 pun ada gak aku tgk...musykil2...

kat entrance kedai kraftangan kt danga bay.. aku suke pegi kedai ni... mcm2 ADA...

nie lah jejak kasih di tepian jalan.... dengan pak cik and mak cik yg dh lama tak jumpa

on the way blk KL smpat singgah ke umah mak su yg masih under construction...
tak lama lg siap lah tu... tp derang kata nk pindah lepas raya.. sbb apa? sbb takot org dtg beraya la tuu...


beso tol umah maksu... aku dh cop satu bilik dh!! dh suh install aircond 2HP ngn plasma TV 56" skali...
kalah TV makpak tam! hehe..

:::

Monday, June 1, 2009

Balqis Kindergarten Sports Day

^ O ^
Awal pagi ayah dh bangun sbb kena jadi urusetia for Balqis Sports Day - Hanis Farzana's sekolah tadika. Kami anak beranak sumer pegi kemudian... ngn Aqeef and bibik sekali pun ikut. Berkelah di bawah pokok di tepi padang. Hanis's team - blue team dapat no 3. Cuaca mmg panas terik yang amat sgt. Mencucuk ke kulit! kesian budak2 kecik tu menggagahkan diri nak menang and berebut jadi winner. Mmg happening, seronok, makanan pun banyak sgt smpai tak terhabis sbb buat pot luck, so ramai parents datang bawak food satu tray. Lepas satu jam camtu, aku hantar Aqeef balik umah sbb dia dah start merengek nak tido and o-OOO.... dia berak lah pulaaakk....! hmm... so, mama and abg and fariez bagi semangat kat Hanis...

hurry!! tengok saya lari mcm bionic girl!

kiri kanan 2x.. eh tak jalan2 pun! hehe.. peace..

banyaknya hamper... mesti satu tu kami punyer, tak cayer?? wahh!! santai nampak!
delicious! makan eskrim. yeah!! ayah dpt lucky draw, kan aku dah cakap, mesti dpt punye!
abg & frens.. acara yg ditunggu2....! berebut gula2. haai... banyaknya laa...
yeaaahh!!! sapa cepat dia dapat!!!
d
yahuu...! dpt bnyk sweets! tu ayah... urusetia la kononnya.

huargghh!!! duk umah tido laaaaggiii BEST!! layaaannnn.....

So, this is the last sports day for Hanis... dh 2 tahun Hanis kat Balqis maka 2 tahun jugaklah Sports Day ni "happening" to all students and parents... we enjoyed ourselves.
ta da!
^ O ^