Saturday, May 22, 2010

Petua Rumahtangga Bahagia

Petua Rumahtangga Bahagia

Oleh: Ustaz Asmungi Sidek

1- Sering melakukan kegiatan bersama-sama seperti makan bersama, keluar berjalan berdua-duaan, beriadah dan mandi bersama.

2- Galakkan isteri tidur di atas lengan suami. Isteri yang penyayang akan berada di belakang bahu sebelah kanan suami ketika berjalan.

3- Jaga agar mulut dan badan tidak berbau agar suami sentiasa mahu berseronok dengan isteri.

4- Isteri yang hangat dan romantis sentiasa mengharapkan suaminya berada di rumah bersama-samanya.

5- Tukar gaya penampilan setelah beberapa ketika untuk mengelakkan jemu kepada pasangan.

6- Kreatif mencipta suasana yang harmoni dan tenang dalam rumah tangga.

7- Sekiranya ada pergaduhan atau pertengkaran, cuba ingat kembali kenangan manis semasa bercinta dan berbulan madu.

8-Kenangkan jasa dan susah payah isteri mengandung dan melahirkan anak.

9- Sekiranya berlaku penceraian (bagi pasangan Islam untuk talak satu dan dua saja) jangan mudah menghalau isteri keluar dari rumah sebelum habis edah kerana mungkin suami isteri berminat untuk bersatu kembali (rujuk).

10- Suami kena lebih mesra dengan keluarga mentua kerana sekiranya rumah tangga menghadapi masalah, ibu bapa mentua boleh membantu dari segi nasihat.

11- Suami jangan tumpu perhatian yang berlebihan kepada dunia luar berbanding keluarga sendiri.

12- Isteri jangan lebih banyak masa menyibukkan diri dengan dunia luar, seperti aktif dengan kegiatan persatuan, berpolitik atau terbabit dengan jualan langsung.

13- Sentiasa berlembut dari segi percakapan, layanan kepada pasangan dan pergaulan sesama ahli keluarga.

14- Isteri perlu berhias lebih kepada suaminya berbanding apabila keluar rumah.

15- Menjawab setiap pertanyaan suami dengan lembut.

16- Pasangan tua, terutama isteri jangan terlalu rapat dengan cucu, tidur dengan cucu dan tinggalkan suami tidur sendirian.

17- Sekiranya ada masalah, bawalah berbincang. Jangan bertengkar dan masing-masing menegakkan pendapat sendiri.

18- Fahami dan hayati sifat pasangan dan anak-anak. Suami disifatkan seperti matahari sentiasa panas, isteri bulan; cantik, lembut dan indah dipandang, manakala anak-anak pula umpama bintang iaitu sifatnya sebagai penghibur dalam rumah tangga.

19- Suami isteri perlu mengekalkan sifat romantis dan sentiasa berhati muda walaupun masing-masing sudah berusia.

20- Anak-anak jangan dipaksa mengikut telunjuk dan kehendak ibu bapa tetapi beri mereka pilihan yang sesuai tetapi sentiasa awasi mereka.

21- Ketua rumah tangga yang bijak sentiasa ada perancangan jangka panjang untuk ahli keluarganya. Sama ada dari segi kewangan, pelajaran dan tempat percutian.

22- Keluarga Islam, pastikan sekurang-kurangnya dua waktu sembahyang berjemaah bersama-sama ahli keluarga – merapatkan hubungan dan kemesraan.

23- Jangan beri ahli keluarga makanan yang tidak halal atau diragui kehalalannya kerana bermula dari makanan membentuk air mani dan melahirkan generasi seterusnya.


Contoh rumahtangga bahagia
(sekadar gambar hiasan)

Jalan berpegangan tangan

Meluangkan waktu makan bersama di luar


Tuesday, May 18, 2010

layan gambo2 plak...

yg pakai baju putih ni nak tolong bako ker nak tolong makan jer...
erk! ada jugak yg terlentok tu nak interprem...
hehe.. aku rasa yg bertungkus lumus membako ni cuma sorang jer...

playing games...!!! kerusi beracun. mmg banyak tul racun2 kat kusi2 tu...
bont*** erk tuuuttt.... sapa besooo.. dia lah yang menang..... ikikikik!!
(tidak wajib memakai pakaian sukan - baju kelawor dibenarkan -
utk mereka yg berumur 40thn ke atas sahaja)


tiup belon plak!! adeh! ha tengok2.. yang belon biru tu kan, yang kanan sekali tu kan, peniup belon tu ada asmathic tau... sapa sangka, dia nyer belon lagi beso dari yang lain2... nasib baik tak kena wat CPR...
hah! hambik! ngeh.. ngeh..!! kHIng!!

naper?? tak pecayer?? dengan kulit2 oren ni sekali aku boleh NGAP tauuu!!
kuat la puLOK!!

macam biasa la... ayah pin lalu kat atas langit tuu... bawak sepanduk PEACE NO WAR! ekekekek!!


layan lagu2 winter sonata

listening to winter sonata songs... teringat plak masa kat korea dulu kat pulau jeju... tapi masa tu spring time... aku naik basikal duduk belakang dengan pelakon fofular korea - bae yong ju...

tengah layan kayuh beskal, tetiba aku jatuh terjelepuk atas daun2 yang gugur, adedeh!!! habis bersepah daun2 tu keliling pusing.... hmmm... nasib baik abang bae yong ju ada...

hehe... jangan nak perasan laa.... mamat tu pun tak hingin nak masuk belakon dlm mimpi aku... ekekek!! tapi ber angan angan tak salah kan...

udah2 ler tu melayan perasaan... malam2 camni tak tau nak borak ngn sapa, salu ngn husband, pot pet pot pet... smpai pukul 1-2 pagi pun boleh. ni, dah kejung rahang bila malam... bukan kejung sbb tak bercakap, tapi kejung sbb terjerit2 marah kat anak2 yg susah nak dengo kata mama dia.

nasib la badann...

Thursday, May 13, 2010

Mencari selebriti yang 'hilang'

kami amat2 merindui selebriti ini.... rumah kami terasa sunyi bila dia tiada. rasa kosong!
tak ceria tanpa suara gelak ketawa...
kehadirannya sentiasa buat kami resah gelisah. gembira? duka? suka? semua ada.

pulang lah .... kami benar2 mahu dia sentiasa berada di sisi.

we miss you so much!!!

kepada sesiapa yang menjumpai lelaki ini, harap dapat memberitahu tuan punya blog ini.


(hehehe.... jangan marah ye yang!! nanti kena jual!)


Peraduan Padan dan Menang

PERADUAN PADAN DAN MENANG

gambar 01


gambar 02


Soalan:
Yang mana satukah orang yang sama terdapat pada kedua2 gambar?

hehe.... knaper? tak percayer ker??


Wednesday, May 12, 2010

kasih seorang abang


cuba teka sapa dia yg tertidur tu?
sekali pandang maaaacam aqeef....
dua kali pandang...??

hehe... lu pikir la sendiri....!!




Sunday, May 2, 2010

hari sukan SKBTP


tarikh kejadian: 18 April 2010
venue: SKBTP

sekarang tiap2 rumah sukan ada tema nya yang tersendiri... bila berarak mengelilingi padang sekolah, masing2 berkawad penuh gaya .... hmmm... mcm2 dah sekarang. meriah la jugak. anak aku? si abang seminggu berlatih, dia kata rumah pasukan dia temanya hutan rimba. macam2 binatang ada nanti... best mama! abang tak sabo dah. si farieznya plak, hari2 remind aku suruh datang sekolah tengok dia main hoki. apa??!! main hoki?? biar betul budak nih... boleh ke dia main hoki?? mcm tak pecaye pun ada. aku pun mula la berimagine itu ini... terbayang2 dia main hoki satu padang sekolah, gelecek bola masuk gol. hehe...

meh layan gambo plak... bahan bukti...

Ni dia pasukan merah dengan tema: hutan rimba. nampak tak binatang2 haiwan2 satu kumpulan tu? hehe.. macam2 adaaa.... mana plak si abang nih yang havock berlatih smpai seminggu direct, sampai nak kena bali t-shrit baru.... di mana sih??


HAA.. ada pun!! tu lar dia nya... yang pegang sepanduk kt tengah2 tu....
tukang bwak sepanduk jer rupa2nya....
cerita bukan main havock lagi.... yo yo jer laa...
jadi la bang.... kira org penting jugak tu kan. huhu...

eh fariez! kata main hoki... kenapa kena beratur plak ni? phtu, ada pulak budak2 pompuan...
main hoki laki lawan pompuan kot nih??

lar... ini ke hoki nya?? pesal ada bola sepak plak tu. hehehe!!
hoki pun hoookkiiii laaa.... janji pegang kayu hoki ek!!
(nasib baik dapat group dia dapat juara - tahniah!)

RUMAH PASUKAN - ACARA PERARAKAN


hmmm... budak2... macam tu laa.. bila cerita masing2 teruja, mak bapaknya yang terkesima di akhir cerita. apa2 pun... seronok la jugak tengok gelagat kanak2 sekolah ni...





Saturday, May 1, 2010

jalan-jalan part 02....


aqeef... tengok atas tuu... ayah pin laarr... jadik superman la plak dah!

bila aku terbaring di bawah pohon ru... teringat masa kat itm dulu,
keliling umah penuh ngn pokok ru.

pagi2 lagi orang ramai dah amik port nak picnic and bermalam...
meriah sungguh kalau malam! berderet khemah tepi pantai.

hanya dibenarkan main pasir jer...
seluar sapa yang basah nnti tak dapat mandi sungai....

aqeef dh basah dulu!!! tak sempat apa pn dia dah meluru ke dalam air.
geram tul ngn budak nih!

bila weekend teman ayah pegi keje kat bagan lalang, jadik aktiviti riadah pulak, macam2 hal boleh jadik... ikutkan hati malas betul nak ke sana sbb jauh, lepas tu nnti aqeef si debab tu mesti susah nak control karenah dia. And macam biasa... abang la jadik mangsa untuk taking care of him - nak upah 5 hengget kan?? hehehe... ok la tuu... berbaloi2... ramai jugak yang mandi manda kat situ w/pn pada aku air kat situ tak seswai untuk mandi... so, anak2 aku mmg aku tak kasik mandi... main pasir jer...

aktiviti seterusnya.... mandi sungai kat sungai gabai kat ulu langat.... air nya sejuk!! sbb masa tu dh petang pun. sekadar memenuhi kehendak anak2 yang teringin nak mandi sungai... selalunya mandi kat umah jer... tak pun kat swimming pool.... so, bila bawak pegi sungai ni, derang agak jakun sikit... first time maaa... layannn...


bila dah berendam... perut berkeroncong la plak minta diberi makan. so, dh alang2 kat ulu langat tu, kami pun pegi ke satu tempat yg agak berlainan dari restoran2 biasa yg kami pegi. terkejut lah jugak, sbb last pegi lebih kurang 5 tahun yg lepas... masa tu tempat ni tak banyak chalet.... restoran dia pun kecik jer... tapi sekarang, wallah!!! syabbas bete, syabbass!!! mcm ni la baru bisnes berkembang maju!! baru best...!! dh makin eksklusif, cantek menarik tertarik kau mmg d'bom! hehe... kami pulun maryland chicken chop - penuh sepinggan tapi harga cuma RM10 jer!! tomyam thai dia mmg pekat! melekat! mmg berbaloi baloi ..!! smpai tak habis makan - tapau bawak balik umah. nak pegi lagi.... nak makan kat situ lagi.... nak duduk kat chalet dia lagi.... insya Allah... ada duet sumua boleh bikin....

naper?? teringin ker?? hehe...