Wednesday, February 18, 2009

:: Pengorbanan ::

Tak semua pengorbaban kita pada orang, orang akan ingat dan menghargai. Kadang2 aku rasa, aku dah terlalu banyak berkorban smpai memakan diri aku sendiri. Kenapa mesti aku yang terpaksa berkorban dan akhirnya aku jugak yg terseksa. Aku diam. Sbb aku malas nak argue, aku malas nak gaduh2, dan aku malas nak pikir. Apa yang aku tau, aku cuba selesaikan masalah sendiri, yang sebenarnya masalah tu patutnya diselesaikan bersama2.... bukan untuk aku seorang. Aku letih... aku letih untuk mengingati kisah silam apatah lagi mengungkitnya kembali. Nanti ada orang yang tak puas hati, ada orang yang tak boleh terima, dan mungkin ada orang yang akan berdendam. Aku malas!
Kadang2 untuk menjadikan impian aku menjadi kenyataan, banyak yang terpaksa aku lepaskan. Walaupun impian tu cuma satu. Entah lah... kata orang, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Hehe.. ada kena mengena ke ngn tajuk aku ni??
Tapi... itu lah aku....

Tuesday, February 10, 2009

Puteri Gunung Ledang Teater Muzikal


Have been honoured by the company sempena its 50th anniversary, all staff will get a free ticket to watch the PGL. Aku amik first nite, the opening ceremony on the 6th Feb lepas. Regret to say that, hubby tak dapat join sbb he got an urgent meeting that nite. So, aku ajak lah si asit sekali. Nasib baik she made herself available lah mlm tu. Kolo tak, mmg susah dia tu nak ajak pegi mana2... busy mengalahkan PM gitu. Mmg rezeki ko lah sit. Aku diberitahu yg harga tiket tu is actually rm230. Patutlah dapat duk depan stage... hehe... a bunch of thanks to my majikan. Hah! back to PGL. Mmg best lah! mmg terkesima lah! hehe.. to my hubby, RUGIIIII sgt2 tak pegi.. bukan senang pun nak tgk, lbh2 lagi dpt tiket free yang untuk seat mahal plak tu. aku suka unsur magis yg derang buat, masa jampi2 dari mbok bayan, masa tu gusti putri nak lari pegi ke gunong ledang. suara mbok bayan menusuk ke kalbuku smpai tembus ke tulang sum sum dan mencucuk sampai ke saraf tunjang aku! begitu sekali aku rasakan!! hehe.. bayangkan la camner hebatnya persembahan mbok bayan masa dia menyanyi lagu jampi2 nyer tu... derang nyer prop pun mabeles lah! ngan gusti putri atas puncak gunong, ngan kapal layar nyer belayar ke melaka, ngan pelabuhan melaka dia... hisshhh!!! best lah! mungkin aku rasa the best sbb aku mmg tak penah tgk teater pun sebelum2 ni.. ini ler la first time. so aku mmg tak boleh la nk compare to others... sbb tu aku asik kata bEst jer.

satu jer... disbbkn aku duduk sebelah asit kan, so.. aku rasa tak berapa nak fokus laa.. lain yg aku tgk, lain yg kitorang ni pikir. Bila tgk putri agus kat atas bukit tu, aku tringat citer pocahontas, si asit ni pulak, tringat citer lion king! mana la tak gelaknya kitorang... adeh laa.. nasib baik boleh control. Ko mmg lah sit, pecah lemak2 tepu aku malam tu.

habis teater kul 12am. hantar asit balik, tp kena isik perot dulu... dah kenyang baru lah tolak balik ke rawang. tenkiu sit sbb banjer makan. aku smpai umah kul 6 pagi... sbb apa? sbb terlelap kat hi-way. kat iklan kan ada kata, kolo ngantuk, jgn memandu, tido di tempat yg selamat. so, sbb dh ngantuk bebeno, aku ngn hubby terlelap smpai le ke pagi kat dlm keter. heheh!

Thursday, February 5, 2009

Mak warded lagi..

3rd Feb... at 10.30pm mak kol aku and wished me happy birthday.. siap nyanyi kan lagu selamat hari jadik lagi... she sounds happy! Thanks a lot mak. And at about 12.30am acu nonoy called and bgtau derang tengah tunggu ambulan dtg nak bawak mak pg hospital. Again!! She was admitted to hospital muar due to heart problem. 2nd time in 3 months. Dipendekkan cerita, aku tumpang kak cik balik kg sebelah petang (aku amik emergency leave petang). Lebih baik jenguk sekejap dari tak balik lgsung. Hubby pun kebetulan ada nursery visit kat muar, so dia tunggu jer lah kitorang kat muar, nnti balik KL sama2 naik keter kak cik, muat sbb bibik wadah tak ikot sekali. Mak masih di wad biasa sbb ccu ward penuh. Tak perlah, yg penting mak cepat2 sihat. Mak nmpak ok sikit lah compare to yg dia kena warded bulan 12 lepas.

Kami bertolak ke KL jam 930pm lepas makan malam. Rindu aku pada anak2 seharian tak jumpa... alhamdulillah, abt 12.30am aku dh sampai rawang. Bantai tido jer td dlm keter. Kalau aku smpai rawang kul 1230am, maknenya, abg chik drove lebih kurang sejam setengah jer lah kot. Laju gak tuuu!! hehe... sampai umah jer anak2 masing2 dah melepak ketiduran dibuai mimpi nan indah. Lepas mandi aku baring dan cuba lelapkan mata.... tapi asik tringat mak jer kat spital tu... moga mak cepat sembuh dan ceria seperti selalu...

Tuesday, February 3, 2009

Memori memori tahun 2008

Disebabkan keboringan yang teramat sangat sbb cuti 3 hari tak tau nak buat apa, so aku mengimbau memori2 silam. Tetiba ada mood pulak nak masukkan dlm blog. Nah, ini dia hasilnya...

8 Feb 2008
Majlis sambutan harijadi abah yg julung kalinya dibuat ala2 grand gitu. Abah jemput orang2 kampung makan tengahari lepas solat jumaat. Ramai yang datang meraikan. Hadiah harijadi abah jugak julung kalinya 10x lebih grand. Kami sepakat adik beradik share tiap2 orang untuk beli hadiah nie... as well as monthly payment. Dari abah kawen, smpai lah ada anak 6 orang, abah tak pernah beli and pakai benda ni. Sedangkan anak2 abah semuanya ada 2 bijik sorang. Nnti abah boleh lah bawak mak pegi jalan2 keliling kampung and terutama sekali boleh bawak mak pegi nursery beli bunga banyak2. hehe... sbb mak salu tumpang anak2 jer ke sana sini selama ni. Disebabkan hadiah tu masih dlm proses nak kuarkan dari kilang sbb masih baru launching, so kami terpaksa buat replika jer lah. Malam keesokannya, kami sefamily pegi ke medan ikan bakar Sabak Awor, Muar pulun 2-3 macam ikan bakar. Memula kitorang nak tong2 sama2, tapi pak su nuar dengan kemurahan hatinya yg memang selalu murah hati lah kot, telah membelanjakan sejumlah duit tabungnya (duit tabung ke duit poket?) membayar segala makanan dan minuman pada malam tu... moga murah rezeki hendaknya... ada pantun nie:

ikan tenggiri di dalam kolam
di dalam kolam ikan tenggiri
kalau mau beli ikan tenggiri
jgn beli di dalam kolam

terima kasih daun keladi
korang banyak duit, belanja2 lah lagi...







And... the real BIG gift arrived on 23 Feb during engagement day of Kak Ngah. Rasanya mak dan abah adalah orang yg paling happy in the world masa tu... moga kalian panjang umur dan sihat selalu.





23 Feb 2008

An engagement day of Kak Ngah and Fayadh. Kak Ngah nampak ayu bak perempuan melayu terakhir (mesti kembang lubang idong nih kolo dia baca). tak der lah nmpak mcm budak sekolah jadi model ala2 pengantin... kiranya muker tu nmpak lah mcam cikgu sekolah nak naik pelamin. hehe... tengok cik abang fayadh tu kan, macam nak 'forwaaarddd' jer... mcm dh TAK sabo2 sangaaattt jer!ekekek... malu2 kucing lah konon! eleeehh! Anyway, congratulations to both of you! wishing u happiness and gud luck in your future undertakings. CHEERS!!




13 Mac 2008
Habiskan masa kat Port Dickson. Aku masih tak der mood sgt masa tu sbb aku masih lagi all day sickness. Pembawak budak! Pegi mana2 pun muker monyok jer.. tak lalu nak makan, tak lalu nak jalan, tak lalu nak borak2, tak lalu nak lalu lalang, tak lalu nak havock, (sbb salu aku ler yg paling kepochi ngn maksu), masa tu aku cuma lalu baring jer. Mak bawak foods mcm nak duduk sana seminggu aku rasa. Banyak sgt2.. ada asam pedas ikan mayong, ada ayam goreng rempah, ada sambal goreng, ada apa lagi ek? haa... ada kacang kuda rebus lagi!! apa lagi.. melantak jer la kejenya.. sonot makan ramai2 nih...

26 May 2008
Pegi menyejukkan diri kat Genting Highland pulak kali ni. Haa.. masa ni perut aku dah memboyot! Dah tujuh bulan dh masa tu. Bila perut dah boyot, aku suka jalan2... kami naik cable car. Tu first time mak and abah naik cable car... mak kata: dah ckuplah dah dapat merasa naik cable car, pah ni takmo naik lagi dah. hehe.. mesti mak abah serik nak naik lagi. sbb takut mak penat berjalan, kami turun ke resort lepas dh puas sight seeing ngn shopping bermcm2 jenis sotong kering. Memang enjoyed!

1 Oktober 2008
Selamat Hari Raya Puasa! First day tu kami semua pegi beraya kat area layang2, johor pegi menziarahi sanak saudara. Sesekali jumpa sepupu sepapat, mmg jadik kecoh! Malam raya ketiga as usual, acara tahunan yang paling ditunggu2 ialah, majlis BBQ+games+bunga api+mercun. Korang ingat lagi tak? masa games rebut kerusi, pak teh menang akhirnya and bila tiba acara penyampaian hadiah, dengan bangganya pakteh dapat title berus jamban! sbb apa? sbb dpt hadiah berus jamban.. ahahha! games lain yg kitorang buat malam tu antaranya ialah jalan itik dan pecah belon untuk kategori kanak2: juara fariez and alin, makan telur rebus smpai licin untuk kategori remaja: juara azri sbb dia mmg suka makan telor pun!Lepas penat main games, satu kampung pulak dibisingkan dengan acara bakar mercun and bunga api. Ada org kg smpai kuar umah sbb nk tgk fire cracker dari jauh. Dan derang mmg dah maklum, kalau fire cracker mcm nak sambut new year tu tak lain tak bukan, mesti kat umah Mak Yah & Cikgu Bahari lah! Mmg happening lah malam tu. Episod maaf keampunan dipinta pada esok harinya berlangsung dengan gelak getawa. Sapa yang menangis tu, dialah yg paling banyak dosa tau... sapa ek?? mak su!!! ko mmg banyak dosa pun kat aku. ekekek!! hmmm.... aku tak taulah nak citer camner lg, penat nak taip berjela2. Tengokjer lah gambar2 kat bawah ni, and then buatlah karangan sendiri ek!


Click pada gambar untuk large view.

Sunday, February 1, 2009

Happy 11th Anniversary

31st January 2009...diam tak diam, dah sebelas tahun usia perkahwinan kami. Diserikan dengan empat orang anak (3 lelaki and the only girl). And seperti biasa, aku tak mengharapkan apa2 pun from my beloved husband. Cuma a simple wish sebagai tanda ingatan sudah memadai bagiku. Sebelas tahun berlalu, dan dalam pada itulah kami menempuh pelbagai onak dan duri. Orang kata, sesebuah perkahwinan tu kalau belum mencecah 10thn, akan banyak mengalami pelbagai rintangan dan dugaan. Memang betul pun! Aku percaya... sbb selama ni kami telah menempuh terlalu banyak rintangan, pasal anak, pasal bajet, pasal family and even a problem abt a relationship between a husband and a wife (aku ngn laki aku la tu). Tapi Alhamdulillah, segala dugaan dapat kami lalui dengan tenang berkat kesabaran dan kuatnya iman... (hehe.. kuat ke iman aku?)

OK nak citer sket, balik keje, aku ajak hubby pegi tesco sbb tingin pulak nak makan sushi... so kami pun bertolak lah ke sana, jalan lengang lagi mungkin sbb masih ramai yang cuti sempena chinese new year. tesco extra selayang, tempat yang salu kitorang pegi sbb boleh singgah on the way home. masa kat parking lot tu, SURPRISE!!!!!! hubby bagi aku satu beg yg tulisan kat luar beg tu tertera perkataan NIKON SLR and at the same time, he wishes me "happy anniversary and happy birthday!' aku terdiam sekejap, macam tak percayer pun ada, macam mimpi pun ada gak! hehe.... betul ke nih?? dengan linangan air mata happy yg teramat gembira... aku pun bukak lah beg tuu... dlm hati aku, Allah jer yg tau... betul ke nikon slr? eh mana lah tau kot2 beg dia jer.. tp dlm beg benda lain kan? who knows? kan surprise. then bila aku dah pegang benda tu betul2 ngn tangan aku sendri... aku menjerit ala2 manja lah gitew! pah tu aku kata: 'why did u do this to me?'... bodoh tak ayat tu? patutnya aku cakap la cmni: 'unbelievable, but believe it!' hahaha! (mcm dlm citer kat TV tu lah puLOK!) anyway, a bunch of thanks, thanks a lot, many thanks, tenkiu2, dan kawasan2 yg sewaktu dengannya buat suami ku tersayang (ummuuwah!) kerana merealisasikan impian aku yg dah bertahun jugaklah aku pendam untuk aku memiliki NIKON SLR D60 nie. InsyaAllah, aku cuba buat yang terbaik dengan adanya camera idamanku ini.

Satu jer yg buat aku ada rasa sedih... bila aku teringatkan arwah bewang, sbb dulu kami pernah cakap nak beli camera ni sama2 nak buat loan koop. Pah tu nak amik class photocamp ph tu mcm2 agendalah yg kami nak buat... tak perlah, apa2 pun tanpa bewang, akan aku cuba teruskan cakap2 kami dulu.

Jap2... satu lagi aku lupa pulak, hadiah ni merangkap hadiah hari jadik aku jugak eh. Kira bring forward lah ni... sbb birthday aku is on 3rd Feb next week. So, tak perlulah aku tunggu2 apa agaknya surprise di harijadiku nanti, sbb aku dah dapat apa yang aku nak. Thanks a lot sayang!




nie le gambar paling cun bila pertama kali aku pakai dslr cemera nie