Monday, April 27, 2009

Lunch @ Cila's



Cila has kindly invited us to have breakfast cum lunch at her house in precinct 9 putrajaya. First of all, thanks for the invite. Plan terpaksa ditukar sbb laki aku nak breakfast kat taman botani putrajaya and bawak foods dari rumah together with asit. so, aku pun dh terbayang2 lah aku bentang tikar atas rumput nan menghijau bersama suria pagi dgn berdendangkan kicauan burung terbang gembira ke sana sini. Tapi, hajat tak kesampaian.. akhirnya aku and family ber breakfast di taman botani belakang rumah aku jer... hehe... lebih kurang lah jugak, ada rumput, ada burung, ada pokok2... ala2 botanical garden lah jugak. kesiaaaannn.... kesian kat anak2 aku sbb derang pagi2 dah bangun teruja nak berpicnic di pagi hari. Asit tetiba tak boleh join atas sbb family matters yang tidak dapat dielakkan. Nak buat camner... family first! tu yg penting....


So, kami sampai umah Cila around 12.30pm camtu... makanan dh terhidang atas meja... meriah!! mcm2 ada... nasik lemak (pagi tadi punyer.. huhu), nasik ayam (bukan untuk ayam makan eh!), apa lagi.... eh! tadi rasa mcm banyak bebeno lah makanannya.... hehe.. mmg lah nmpak meriah sbb nasik lemak tu ada smbal sotong, ada kacang, ada timun, ada bilis goreng.... phtu, nasik ayam tu ada ayam goreng, ada sup.... kalu letak atas meja, kan ke jadi nmpak banyak... heheh....so, tu jer lah untuk dimakan masa lunch. kenyang! sbb sedap.... anak2 aku pun menambah2.
lepas tu kami lepak2.. tgk video cila pergi bercuti di langkawi @ rebak island... tgk gambar2... borak2...pahtu, kami ke belakang umah cila, mandi kolam... a public pool for kids. bestnyer!! dekat jer ngn umah dia... agaknya kalu aku duk situ, anak2 aku mesti dh pndai berenang. sbb tak tau ada pool kat situ, so, anak2 aku bermandi manda ngn shirt and suar panjang jer lah, nasib baik bawak baju salin. aqeef pun teruja mandi kolam... tak nak naik darat. (naik darat??) apa2 lah, asal paham. ha.. lupa plak, dh mandi sure lapar... ! kami pulun pasta pulak lepas tu... sedap!! Nuar (cila's hubby) masak pasta - spaghetti + bolognese mushrooms. one thing abt her hubby... dia ni mmg rajin ke dapur... suka masak and pandai masak! untung cila.... (tp kan, cila marah kalu org cakap camtu, dia kata: lembu punya sapi, susu dpt nama... eh!! btul ke peribahasa aku nih??!) bedal jer lah, asal paham. - aku ubah sikit jer... khas untuk cila and nuar. muahahaha!!!naper cila marah: sbb dia kata, dia pun ada gak ke dapur... masak, basuh pinggan etc tp yg org sebut2... lakiiiii dia jugak! katanya lah. mungkin jugak betul... hehe. jgn marah naa...
ok. lewat petang baru kami bertolak balik, bukan balik umah, tapi menyinggah ke rumah shidah kat seri kembangan, solat maghrib and jumpa kontraktor wak husin. around 10.30pm baru smpai rumah.....
* gambar2 tu aku cilok from cila's blog... sonang yo!

Monday, April 20, 2009

big apple donutssss


hari ahad kat umah terasa bahang and panas sangat2. mcm duduk dlm microwave jer rasanya. tiba2 aku tringin plak nak makan big apple donuts. last makan big apple donuts kat the mines sri kembangan tak silap aku bulan lepas ke dua bulan lepas. anak2 suka sgt2!! sorang boleh ngap sekali 2 ketul...! so, dengan tak planning apa2 aku terus suruh abang surf internet cari mana the nearest big apple... and disebabkan duduk jauh diceruk rantau kat rawang ni kan, the nearest is at the curve. hmm... sah2 ayah takmo pegi tmpt tu... so, ding dong ding dong, kami decided to go to Tesco Xtra kat mana tau??? nuuuunnnn di cheras tuu!! hehehe.. jauh nyeeerr lah nak pegi ke cheras all the way from rawang semata2 nak makan donut!! tak kisahlah, yg penting hati puas. dipendekkan cerita, smpai sana, orang ramai lah jugak. anak2 teruja dengan pelbagai jenis donuts di depan mata, fariez of course amik yang ada cekolat, nana??? hmmm... yang ada kaler pink lar... sedap tak sedap, janji pink! abang plak, amik yg ada cheese. aku amik 12 ketul donuts and ada balance 2.5 ketul utk dibawak balik umah, abang kata bagi bibik. Lepas kekenyangan makan donutss.... dh nak maghrib dah, so, umah kak chik lah jadi mangsa keadaan... as usual segerombolan lah menyinggah ke umah dia nak solat maghrib. sampai2 jer, dpat kol, kak chik kata jgn balik dulu sbb dia dh order KFC... adeh laa....!!!! makan lagi... rezeki rezeki... aqeef sempat lah aku mandikan, and anak2 sempatlah main2 ngn sepupu dia, hashim, aisyah, asma' and hisham. dapat lah jumpa sekejap wat ilang rindu.. cumanya anak2 aku selalu gak cakap, naper asik kitaaaaa jer yer mama datang umah mak tam?? hehehe... soklan tu, kena lah diajukan pada mak tam. and as usual mak tam akan jawab: "nanti laa.... bila2 boleh datang" hehe... mak redho nyah! mak tak kisah, nyah.. ko nak tido seminggu pun, mak relaaa....

ha.. elok2 nak sekejap, mcm tu lah, jadi lama.... biasalah tu!
makan, borak, main...
eh! lupa laaa... ha! nak tau tak?? masuk2 jer umah mak tam kan, ada TV besoOOOOO!!!!!!
besooOOOOO sgt2 smpai perabot sofa, almari, kabinet and even dinding umah tu kan, tak nampaAAKK!!!! bayangkan betapa besoOOO nyer TV tu... (TV baru lah katakaaannn)
ecececehhhh.... macam masuk TGV pun ada rasanya. ekekek...
tapi kan.... pssttttt!!! satu jer yang tak seswai...
kabinet TV tu... macaaaamm...... hmmm..... hantu katik pun ada.
bukan kabinet tau... sebenonya... tak sampai hati nak tulis
tak per lah, ikut kata siti :: biarlah rahsia ::
so, dun wori makpaktam, biarlah rahsia antara kita... hehehehe
aku termissed lah nak amik gambo.... aiseh! bahan bukti takder lah puLOK.
nantilah, kalau ter pegi lagi umah dia, aku amik gambo tu ek!
hopefully, derang tak beli lagi lah cabinet baru. hehe...

apa2 pun, thanks a lot to them sbb dpt makan KFC, and anak2 dpt tips lagi tuu...
suka sgt derang, moga murah rezeki.






Sunday, April 19, 2009

luar rumah

a few pics happened di luar rumah..... tak tau nak citer apa.

tak silap masa ni, abang n fariez business junk food, ada la a few yg datang membeli

didalam hujan gerimis (these 2 pics happened a few years ago)
seronok mandi manda kat depan umah

pokok betik ajaib! notice tak pokok betik ni tak de pucuk.. tapi berbuah lebat.

Friday, April 17, 2009

I lost my handphone!!!


nak menangis tak guna, nak sepak ... karang merajuk 2-3 hari, nak patah balik and cari ... hmm... sure tak jumpa! tu lah, sekejaaappp jer... sekelip mata jer.... dah HILANG !!

ceritanya camni: ari kamis, aku mmg masih tak sedap badan and decided to take mc. so, after lunch pegi lah ke klinik najihah kat bakang umah tu. bawaklah sekali anak pompuan ku yang seorang tu sbb dia dah beriya-iya sgt nak ikut (ikotkan hati, malas nak bawak sbb alaa... bukan nak pegi mana pun, pegi klinik jer!), so, dengan muka dia yang mamai sbb mengantuk... dia pun ikutlah sekali. mmg aku nmpak dia bawak sekali HP aku tu masa kuar dari kereta, sbb aku yg suruh dia pegang. bila dah hbs cek and kuar bilik doc, masa nak bayar bil tu, aku tanya lah anak aku tu... mana HP mama? erk! muker dia terus blur.... then dia toleh belakang, dia kata tadi letak situ... aku pun terjegih lah bijik mata aku !! letak mana? dia kata: atas kerusi... ah! sudah! mana? tak der pun? dia kata: (dia tak terkata apa2 pon sbb dh terkedu). so, aku pun suh lah medical assistant tu tgk atas meja doc kot2 ada kat situ... sekali tu, budak tu kata: tak der lah kak! aku pun dah mula la syak, hilang la tuu.... mmg confirm ilang, tapi relax... bawak bertenang....

sampai jer umah, aku try la kol HP aku tu... first time ada ringtone, yes!! yes!! ada lagi ada lagi...!! ada harapan! pahtu, tup! mati! line cut-off. try lagi sekali.... "nombor yang anda dail, berada di luar kawasan...." - then, aku berhenti berharap
uwaaa!!!! rasa nak meraung jer!!!! mmg sah sah la dah ilang.. dh kena kebas ler tu!!
hmmm.... aku terduduk lah kejap. terus call maxis mintak dia bar/block number HP aku tu...

dipendekkan citer, petang tu jugak around 5pm, aku kuar ngn laki aku yg dr tadi membebel smpai aku pun dah tak dengar apa yang dia bebelkan, yang aku dengar &*&*D POKET &*(&*& BUDAK PEGANG &*&*&*&* tuuuuutt *&*)&* PEGI KLINIK KEJAP PUN @#$#$%%^%^& tuuuttt %&%^&*&* DAH LAMA PAKAI ^&)#$%@ TAK RETI JAGA *&%%( tuuuttt!!! (berapa kali tuuuut daaaa) and ntah apa lagi... bla bla... bla... lantak lah, nak marah pun tak guna, yg penting aku nak HP baru hari ni jugak. hehe...

so, ding dong, aku beli la HP baru... yg aku tak penah pakai, brand sony ericson. sakit lah jugak jari nak menekan, sbb baru lagi la katakaaannnn.... the best abt this HP is ianya cybershot auto focus, but the speaker/sound... mmg tak sedap compare to my previous motorola. huhu... but what to do.... ayam tak patuk, itik tak sudu.... bedal jer lah, janji boleh pakai.

:: a very bad day!... 16th April 2009 ::

Thursday, April 16, 2009

course @ kursus

14-15 April 2009
:: secretarial skills ::
Learning objectives:
  • demonstrate a support worker role
  • apply good oral and written communication skills, interpersonal skills such as tact and diplomacy, and an understanding of the organisational structure and nature of the business
  • practices assertive behaviour with regards to managing pressure and conflicting demands, to have an understanding of group dynamics, be both co-operative and collborative, and be able to manage conflict and consensus
  • skills for problem solving (thinking-on-the feet)
I've attended this two-days course at HCDC. Overall: compact, comprehensive and informative and also very well presented. Even masa tu aku tengah demam/flu/cough (package youuu!). Ingatkan aku nak amik MC jer on the 2nd day tu... tapi terbayang2 plak nnti aku tak dapat course certificate, tapi yang aku dapat medical certificate! Finally, aku end-up the course with a big smile!!

Sunday, April 12, 2009

hati yang jengkel

::::

bila ditegur, tak nak terima. bila dimarah, menangis. bila dipanggil, diam. kenapa? mengada-ngada ke? malas ke? dah tak nak ambik tau lagi? dah pikir nak balik? dah puas? susah sangat ke nak buat? kenapa aku boleh buat, bukan lama sangat pun, setengah jam dah boleh siap semuanya. dari belakang sampai depan. yang nampak dan yang tak nampak. mudah jer aku buat...
tak merungut, aku suka, sbb aku puas hati dengan apa yang buat

letih? penat? yer ker? rasanya tido cukup. tido lena. tak der sapa yang kacau. kalau aku, yer laa... balik keje dah malam, sampai umah layan anak2, lepas tu, kena berjaga 3-4 kali sepanjang aku tido sbb nak kena jaga anak, kena bangun buat susu, bagi susu... sampai anak kenyang.
dia? ada bangun? ada berjaga?


ntah laa.. apa yang aku tau, hari ini hati aku agak jengkel!!!

::::

Saturday, April 11, 2009

toing! toing! queck! queck!

hehe.. i love to watch this video. jumping jumping! fast very fast!
fariezan... laju kan dia lompat? macam kangaru!




sang itik berenang2 ke tepian...

terkenang semasa dulu


gadis ayu dan manis ini pasti akan memikat hati sesiapa yang melihatnya. berbaju kebaya pendek, berkain ketat belah di depan, dihiasi anting-anting dan kalung di dada, rambut pula dilepas ke belakang bahu, menambahkan lagi keanggunan si pemiliknya. wajah berseri-seri seumpama menanti seseorang yang bertakhta di hati... sekali pandang, tak ubah seperti heroin filem arahan P.Ramlee. Milik siapakah gadis ini....?
wajah lembut bagaikan sutera....



jejaka tampan merenung tajam! wajah malu tersenyum sinis. senyuman menawan khas untuk si dia yang tersayang.... tataplah potret ku ini, bawalah daku pergi ke mana jua, kerna hanya potret ini pengganti diri ku, ingat daku dalam doamu...
wahai kekasih hati.

mak dan abah tersayang.. dizaman kegemilangan mereka.

banjir ooo... banjir


anak2 buah aku main banjir kat tepi rumah kat kampung
dah berpuluh tahun kampung aku tak banjir... ini kira sejarah tanahair ni... tak silap aku, last time banjir dulu, masa aku kecik2 belum sekolah kot....

rakit batang pisang... jeles lah pulak aku tengok derang main air banjir
tapi agaknya kalu aku yang naik rakit tu kan, mesti tenggelam terus!! hehe
issh... issh... issh.. ni kalau karam singh walia nampak kan, mesti dia kata:
berwaspadalah semasa banjir supaya bencana lain tidak mendatang ibarat "bermain air di gigi tebing, jangan sampai tercabut gigi palsu".

HANTU DiGi ??


ha.... nie lah dia hantu2nya... mmg hantu betul!!! kHInG!! masa ni time raya thun bila ntah, pakteh nyer trademark, tiap2 tahun mesti belikan baju untuk anak2 buah... so, kami pakat lah ramai2 pakai baju yang sama... selalunya untuk majlis bbq di malam hari raya ketiga, mmg havock!

ha.. nie pulak ntah apa ke hal?? carik line DiGi kot... pesal lak pulak melekat kat dinding ek??
pelik tapi benar.....
dalam banyak2 bontot tu kan, bontot sapa yang paling beso?? hahaha!!! yang belah KANAAAANN sekali tu kan?? ?? betul betul betul...!! ekekek!! bontot sapa tu ek??
jawab pak teh, jgn tak jawab!!


HoMe Chef


bila godek2 gambo lama2... terjumpa lah gambo nie.... anak2 bujang aku tengah main masak2 kat backyard. tapi aku dulu masa kat kampung kan, aku main masak2 real punyer...tak main lah action2 cam ni... aku masak nasik betul2 pakai kayu and tin milo. lepas tu khemah pun buat sendiri pakai daun kelapa sawit. being a kampung girl and compare to town girl, aku rasa banyak lagi pengalaman outdoor yang kampung girl dapat and pelajari. tapi tu lah, anak2 aku tak merasa apa yang aku rasa....

hehe.. masak apa tu?

waaa.. macam sedaaapp jer nampak...


serupa tapi tak sama

sama? yer ker? serupa? hmm.... yer ker?
hehehe...
kalau nak tau, yang sorang tu anak, yang sorang lagi tu mama dia
yang mana anak, yang mana mama dia?
tapi yang pasti, anak dia tu kan, lebih bijak dari mama dia
bijak dan cerdik kalau nak dibandingkan dengan mama dia yang agak kedunguan itu
muahahaha!!!

::::

rebonding, botak, litup



1. image aku berambut panjang ala2 artis rock terkemuka tanahair
2. ayah telah merubah wajah handsome ku ... tapi,
aku rasa aku tetap handsome..
huhu

3. aku tak pedulik, nak kata aku pondan ke, ustazah ke,
or anak dara bertudung lingkup ke....eh! litup daa...
aku punya suka laaaa.......!


kenapa aku telah dibotakkan?
# aku malas buat homework
# aku mengamuk baling telefon rumah and bakul baju sbb aku tak nak pegi sekolah
# aku tak dengar cakap mama dan ayah
# aku suka berangan and tengok TV

aku berjanji akan:
# rajin buat homework untuk UPSR thn depan
# jadi anak yang soleh
# jadi abang contoh pada adik-adik
# tak nak ponteng sekolah lagi

:: boleh cayer ker?? lu pikir la sendiri ::

fever @ demam

hah! baru jer citer pasal budak zaman sekarang ni kuat demam... betul pun!
one by one anak2 mama kena demam batuk selesema - package. mula2 abang, lepas tu hanis, lepas tu satu malam serentak berjangkit kat fariez and aqeef.... ingatkan malam tadi mama dh boleh tido lena... setelah a few nites mama berjaga malam sbb taking care abang and hanis. angan2 mama musnah apabila fariez tetiba panas badan... mula2 muka mencuka.. bila tanya kenapa, dia diam... lepas mama urut kaki fariez dua2 belah sbb jatuh tangga kat sekolah (dah lebam hitam and bengkak dah pun), suddenly fariez kata: "mama, ayiz demam". mama kata: "alaa... sikit jer lah!". lama2 dia buat muka monyok, bila mama pegang kepala fariez.. eh! panas la pulak!!! aiseh... tambah lagi sorang demam... huhu. so, as usual, bukak baju.. and then mama basahkan satu badan. lum habis lagi... dekat2 kul 1130 mlm camtu... aqeef merengek2... bila pegang kepala... ah! sudah!! aqeef pulak demam!! uwaaaaa!!!!!!!! semua empat2 anak aku demam! terus bawak aqeef pegi klinik jugak dekat rawang nun... klinik 24 jam. takut if anything happen. masa nilah baru terpikir betapa pentingnya kena ada temperature kat umah, so boleh tau berapa panas demam anak2 aku nih. kena beli satu nih!! mesti beli jugak... esok mesti beli jugak. aku tak kira.

aqeef kena masuk ubat bontot... balik umah, dia dah main2... agaknya kebah sekejap. lepas 2-3 jam badan dia panas balik... satu malam dia tak tido, asik merengek jer... sampailah ke waktu ini, dh tengahari... aqeef masih belum tido2 lagi.. bila nak tido, terkujat2... bahaya nih. so, bawaklah pegi klinik lagi.... hmmm....
dugaan.... cobaan.....
apa2 pun, mama berdoa, moga anak2 mama semua cepat sembuh dan boleh main dan belajar macam biasa.

sekian.
eh jap! if u want to know what fever is all about, pls click this link.
http://www.medicalnewstoday.com/articles/9895.php



::main air dlm kolam bio badan sejuk:: ubat sorang satu plastik::fariez kalu demam, mmg melepek!::



Thursday, April 9, 2009

...Santai...

Bagus sebenonya untuk bersantai di rumah sendiri bila ada waktu terluang.... habiskan masa bersama anak2 dengan suasana yang berbeza dan mood yang berbeza. Petang2 bila nak ujan kan, dengan angin sepoi2 language, dengan perot yg telah kekenyangan... baring2 kat belakang umah di bawah khemah yang opened air... sungguh membuatkan hati terasa damai.... terasa seperti berbaring di tepian pantai... hahaha... berangan lah puLOK!! apa2 pun, aku suka waktu2 begini..

masa ni tengah mendung, weekend 4th april 2009. tak lama lepas tu, hujan lebat pun turun. best betul bila time2 kat umah pahtu ujan lebat....

tapi kan, yang tak bestnya bila dah ujan, tak boleh la nak duduk bawah khemah tu... kelam kabut sumer masuk dlam umah sbb dah tempias... hehe... khemah pun basah lencun kat luar....



so, dah ujan kan, duduk diam2 jer la dalam umah.... tengok jer lah ujan tu kat tingkap.... tetiba aku tringat masa zaman aku kecik2 dulu.... waktu ujan adalah waktu yg dinanti2kan sbb boleh mandi ujan... jakun sbb kat kg tak der shower... so, air ujan tu ibarat shower lah... hehe... tapi anak2 zaman sekarang, kena gerimis sikit jer pun mak bapak dah melenting. eh!!! ujaAANNN!! nanti demaaaaammm!!! budak zaman skrg mmg antibodi tak kuat sbb tak lasak mcm zaman aku dulu2. sbb tu lah sikit2 sakit, sikit2 demam.... hmmmm....

Thursday, April 2, 2009

Am still here!

Am still here...! ada lagi, idop lagi, dan ceria seperti selalu... : D
Only time doesn't permit for me to update my blog. Ada banyak kisah yang nak aku tulis tp aku tak tau nak mulakan dari mana. So many things happened in this couple of months. Happy and sad... all came along.

:: 4th Feb 2009 ::
Mak warded due to her heart problem (again!)
So, aku and kak chik decided to balik kg sekejap visit mak kat hospital. Smpai kg balik umah mak dulu... then after that, pegi ramai2 ke hospital visit mak, since waktu melawat starts @ 5pm. Mak nampak ok.. tak la lemah sgt and boleh bercakap as usual. After isyak, kami bertolak balik KL.

(ada je org tu nak enterprem ek! huh!)

:: 15th Feb 2009 ::
A verry happy day to Kak Ngah and her husband, Fayadh. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar seperti yang diharapkan. Kak Ngah nampak happy. Tapi before ijabkabul tu kan, ya ampun!!! susah betol nak tengaok dia senyum... kalu tgk gambo sebelum nikah, muker dia... huh!! macam ayam berak kapur pun ada. Tapi kan, dah lepas sah jadi suami isteri tu kan, takyah suruh senyum.... sampai ke telinga dia ternganga senyum! Almaklumlah, apa yang dihajatkan, dh pun terlaksana. Malam after event day tu, kami ramai2 menyaksikan 'pembukaan' hadiah dari tetamu dan yang paling ditunggu2 hadiah dari makcik pakcik yang gila2 remaja semuanya... jeng jeng jeng..... happy time, full of laugh, and.... here the pics!

Before diijabkabulkan
After sah diijabkabulkan


Hadiah yg dinantikan oleh semua khas dari maksu. heheh...

:: 25 March 2009 ::
Mak warded again!! Baru je lebih kurang sebulan last month mak warded. Ni, masuk ward lagi. Mak Su cakap, mak tak nak pegi, tapi derang paksa jugak. Ya! it's good for her to rest in bed in the hospital. And again, aku and kak cik car pool balik kg petang visit mak kat hospital. Tapi kali ni, kami tak singgah kampung. Terus ke hospital. She looked so weak! Nak cakap pun mengah2. Kami tak banyak cakap sbb takut nnti mak sibuk nak bercerita jugak. Lepas dah lapkan mak (sbb kat hospital tu panas berkuap!!), kami paksa mak makan. Abah cakap mak tak makan2 dari pagi tadi. Minum air jer sikit2. Kami tinggal mak dan serahkan pada family di kg. After maghrib... tolak balik KL. Singgah kat hotel air keroh sekejap, solat, mandi and rehat. Kak Cik sempat urut ibu jari kaki aku (refleksologi) sbb aku migrain dari tghr tadi... dh telan ubat tp tak jalan. Dah muntah2 pun banyak kali... badan pun dh letih!! Dipendekkan citer, aku smpai umah around 1230am, anak2 sumer dah lena tidor..... tak jumpa anak2 aku lagi.... kesian derang : (