Tuesday, February 3, 2009

Memori memori tahun 2008

Disebabkan keboringan yang teramat sangat sbb cuti 3 hari tak tau nak buat apa, so aku mengimbau memori2 silam. Tetiba ada mood pulak nak masukkan dlm blog. Nah, ini dia hasilnya...

8 Feb 2008
Majlis sambutan harijadi abah yg julung kalinya dibuat ala2 grand gitu. Abah jemput orang2 kampung makan tengahari lepas solat jumaat. Ramai yang datang meraikan. Hadiah harijadi abah jugak julung kalinya 10x lebih grand. Kami sepakat adik beradik share tiap2 orang untuk beli hadiah nie... as well as monthly payment. Dari abah kawen, smpai lah ada anak 6 orang, abah tak pernah beli and pakai benda ni. Sedangkan anak2 abah semuanya ada 2 bijik sorang. Nnti abah boleh lah bawak mak pegi jalan2 keliling kampung and terutama sekali boleh bawak mak pegi nursery beli bunga banyak2. hehe... sbb mak salu tumpang anak2 jer ke sana sini selama ni. Disebabkan hadiah tu masih dlm proses nak kuarkan dari kilang sbb masih baru launching, so kami terpaksa buat replika jer lah. Malam keesokannya, kami sefamily pegi ke medan ikan bakar Sabak Awor, Muar pulun 2-3 macam ikan bakar. Memula kitorang nak tong2 sama2, tapi pak su nuar dengan kemurahan hatinya yg memang selalu murah hati lah kot, telah membelanjakan sejumlah duit tabungnya (duit tabung ke duit poket?) membayar segala makanan dan minuman pada malam tu... moga murah rezeki hendaknya... ada pantun nie:

ikan tenggiri di dalam kolam
di dalam kolam ikan tenggiri
kalau mau beli ikan tenggiri
jgn beli di dalam kolam

terima kasih daun keladi
korang banyak duit, belanja2 lah lagi...







And... the real BIG gift arrived on 23 Feb during engagement day of Kak Ngah. Rasanya mak dan abah adalah orang yg paling happy in the world masa tu... moga kalian panjang umur dan sihat selalu.





23 Feb 2008

An engagement day of Kak Ngah and Fayadh. Kak Ngah nampak ayu bak perempuan melayu terakhir (mesti kembang lubang idong nih kolo dia baca). tak der lah nmpak mcm budak sekolah jadi model ala2 pengantin... kiranya muker tu nmpak lah mcam cikgu sekolah nak naik pelamin. hehe... tengok cik abang fayadh tu kan, macam nak 'forwaaarddd' jer... mcm dh TAK sabo2 sangaaattt jer!ekekek... malu2 kucing lah konon! eleeehh! Anyway, congratulations to both of you! wishing u happiness and gud luck in your future undertakings. CHEERS!!




13 Mac 2008
Habiskan masa kat Port Dickson. Aku masih tak der mood sgt masa tu sbb aku masih lagi all day sickness. Pembawak budak! Pegi mana2 pun muker monyok jer.. tak lalu nak makan, tak lalu nak jalan, tak lalu nak borak2, tak lalu nak lalu lalang, tak lalu nak havock, (sbb salu aku ler yg paling kepochi ngn maksu), masa tu aku cuma lalu baring jer. Mak bawak foods mcm nak duduk sana seminggu aku rasa. Banyak sgt2.. ada asam pedas ikan mayong, ada ayam goreng rempah, ada sambal goreng, ada apa lagi ek? haa... ada kacang kuda rebus lagi!! apa lagi.. melantak jer la kejenya.. sonot makan ramai2 nih...

26 May 2008
Pegi menyejukkan diri kat Genting Highland pulak kali ni. Haa.. masa ni perut aku dah memboyot! Dah tujuh bulan dh masa tu. Bila perut dah boyot, aku suka jalan2... kami naik cable car. Tu first time mak and abah naik cable car... mak kata: dah ckuplah dah dapat merasa naik cable car, pah ni takmo naik lagi dah. hehe.. mesti mak abah serik nak naik lagi. sbb takut mak penat berjalan, kami turun ke resort lepas dh puas sight seeing ngn shopping bermcm2 jenis sotong kering. Memang enjoyed!

1 Oktober 2008
Selamat Hari Raya Puasa! First day tu kami semua pegi beraya kat area layang2, johor pegi menziarahi sanak saudara. Sesekali jumpa sepupu sepapat, mmg jadik kecoh! Malam raya ketiga as usual, acara tahunan yang paling ditunggu2 ialah, majlis BBQ+games+bunga api+mercun. Korang ingat lagi tak? masa games rebut kerusi, pak teh menang akhirnya and bila tiba acara penyampaian hadiah, dengan bangganya pakteh dapat title berus jamban! sbb apa? sbb dpt hadiah berus jamban.. ahahha! games lain yg kitorang buat malam tu antaranya ialah jalan itik dan pecah belon untuk kategori kanak2: juara fariez and alin, makan telur rebus smpai licin untuk kategori remaja: juara azri sbb dia mmg suka makan telor pun!Lepas penat main games, satu kampung pulak dibisingkan dengan acara bakar mercun and bunga api. Ada org kg smpai kuar umah sbb nk tgk fire cracker dari jauh. Dan derang mmg dah maklum, kalau fire cracker mcm nak sambut new year tu tak lain tak bukan, mesti kat umah Mak Yah & Cikgu Bahari lah! Mmg happening lah malam tu. Episod maaf keampunan dipinta pada esok harinya berlangsung dengan gelak getawa. Sapa yang menangis tu, dialah yg paling banyak dosa tau... sapa ek?? mak su!!! ko mmg banyak dosa pun kat aku. ekekek!! hmmm.... aku tak taulah nak citer camner lg, penat nak taip berjela2. Tengokjer lah gambar2 kat bawah ni, and then buatlah karangan sendiri ek!


Click pada gambar untuk large view.

No comments: