Thursday, May 28, 2009

kecil hati seorang perempuan


bila seorang kawan mengadu isi hatinya.. aku jd kelu tidak terkata. kawan aku yg mmg dari azali aku kenali, bukanlah seorang yang lemah dan juga bukan seorang yang suka mengalah. aku tau dia kuat, aku tau dia tabah... namun, hati seorang perempuan... mcmana kuat dan tabah sekalipun, sekali dilukai... sampai bila2 dia takkan lupa.


hanya kerana adanya anak2 di sisi, membuatkan dia terpaksa mengalah dengan apa yg berlaku. tiap hari, pagi siang dan malam baginya adalah sangat membosankan. lebih2 lagi bila berada di rumah. tangisan anak, rengekan anak sudah menjadi lumrah dan kebiasaan baginya. tapi itu semua bukan lah kerana mereka anak2 kecil yg sentiasa inginkan perhatian, tapi kerana panas baran suaminya yg terlalu sukar untuk dikawal. Entah kenapa tiap kali melihat wajah anak2, si suami persis melihat hantu raya berkeliaran menyakitkan mata. Apalah dosa mereka ... apalah salah mereka... smpaikan nak tengok tv tak boleh, nak main tak boleh, nak tido tak boleh, nak cakap tak boleh, nak rehat tak boleh! apa2 pun jua yg ingin mereka lakukan, TAK BOLEH!!! apa yang boleh?? mereka cuma boleh belajar... belajar... belajar....!!!!!! bila dengar anak2 gelak ketawa, salah! bila dengar anak2 menyanyi riang, salah! tak habis makan, salah! duduk tengok tv, salah! apa yang tak salah?? belajar.. belajar... belajar...!!!!

sayangnya kawan aku pada anak2nya, membuatkan jiwanya semakin kental untuk menghadapi hari2 mendatang. aku kesian... kesian... dengan hidup kawan aku bersama anak2nya yang terlalu rindu untuk bergelak ketawa bahagia bersama keluarga, terlalu rindu untuk menikmati ketenangan hidup berumahtangga, terlalu rindu untuk merasai ketenangan berada di rumah sendiri.....

hari2 bagi nya, terlalu perit untuk dilalui... dia punya segalanya, suami, anak2... rumah, kereta... tapi dia terlalu miskin dengan kasih sayang! aku masih ingat, diakhir perbualan antara kami, dia ada kata, "aku tak kisah aku tak kaya, aku tak mintak pun emas permata dari suami aku, apa yang aku sangat2 perlukan ialah.. kasih sayangnya pada anak2 aku... itu sudah cukup membahagiakan aku! bagi aku, anak2 adalah segalanya... sekali air mata anak2 aku mengalir di pipi, hati aku bagai dihiris2...!" itulah katanya... masih terngiang2 lagi di telingaku.

dia yang aku kenal, tak mustahil jika suatu hari nanti dia akan pergi meninggalkan suaminya jikalau keadaan terlalu memaksa. demi kebaikan dia dan anak2..... dia pasti tega melakukannya....

aku sentiasa mendoakan semoga kawan aku sentiasa tabah, cekal dan tenang menghadapi hari2 mendatang bersama anak2 tersayang. insya Allah suatu hari nanti, bahagia itu milik kalian. amin....



No comments: