Saturday, January 24, 2009

Situasi

Diskriminasi menjatuhkan aku
Reputasi kini menjadi bisu
Dan aku, ku layu
Disitu

Mengharapkan sesuatu yang baru
Itulah impian aku

C/O
Dan bila kau menghilang
Musnah la, musnah impian
Tuk menggapai bintang
Terangi hidup ku
Ku mahu kau tahu
Engkaulah, destinasiku
Dalam ingatanku... oh oh oh...

Kerana diri ini tak daya lagi
Menempuh hidup yang ku temui
Dan aku, ku tunggu... oh oh oh
Disitu

Mengharapkan sesuatu yang baru
Itulah impian aku

Friday, January 23, 2009

jiwa kacau, fikiran melayang...

Anak2 aku tinggalkan kat umah dengan ema. Entah apalah yang derang tengah buat sekarang agaknya? Tengok tv kot, or dah tido. Sbb selalunya kalau hari jumaat ni pukul 9 semua dah melepak. Mungkin sbb penat 5 hari pegi sekolah dari pagi sampai ke petang. Ni first time aku ikut laki aku pegi class insurance dia…. Sbb aku tak larat nak drive pagi tadi. Aku tak confident aku boleh sampai ke office dengan hati yang tengah bercelaru dan jiwa yang kacau. Fikiran aku masih tertumpu pada arwah. Aku masih belum terima kenyataan yg dia dah jadi arwah. Sekelip mata, semuanya hilang.

Ntahlah…. Susah aku nak luahkan dengan kata2. Laki aku suruh aku banyakkan sedekah al-fatihah buat arwah. Am trying hard to forget him… tapi muncul pulak siti dan iman anaqi. Camner siti nak teruskan hidup tanpa suami tersayang? Camne siti nak berhadapan dengan sakit bersalin nnti tanpa suami di sisi?? Camner baby derang yang dalam perut tu nanti nak membesar tanpa kasih sayang seorang ayah? Banyak sgt soalan dalam kepala aku sekarang ni. Aku tak tau nak jawab walau satu pun soalan2 aku tu….

Thursday, January 22, 2009

Why must him?

Arah & Tuju hanya tinggal kenangan. Tak ada cerita yang buruk nak kami kongsikan pasal arwah … semuanya cerita2 manis yang keluar dari bibir ke bibir kawan2 semua. Satu kehilangan yang besar buat kami semua. He was a wonderful man, a funny and humour buddy, a loving father, a devoted husband, a compassionate friend. I personally will miss him a lot. Sbb apa? Sbb aku selalu nyakat dia bila tengah busy buat kerja, selalu baling kertas bila dia tengah focus on something, selalu “common prompt: busy konon!” when he’s staring at his desktop, and berebut2 swipe pass card bila nak balik, selalu sharing foods (- sbb aku food supplier dia), and paling kitorang suka dengki ialah, mess around the table! Selalunya bila dah petang2 bila kepala masing2 dah naik giler mungkin sbb banyak keje and mungkin sbb tak der keje langsung, aku akan peek-a-boo dengan dia. Mmg layaaann! One more thing, he’s the only man yang boleh and sudi minum petang dengan aku. Biasalah bila dah duduk minum2 tu kan, banyak lah cerita n gossip2 liar yang keluar. Tapi selalunya gossip tu sama je, banyak pasal kerja, pasal attitude orang sekeliling, pasal gelagat manusia yang bermcm2 ragam.


Bila kaki melangkah ke dalam surau, badan terasa longlai…. Terkujur kaku seorang kawan di depan mata. Smpai aku rasa … “ah! Ko ni kan azhar, mmg suka buat lawak tau, suka buat surprise itu ini… bangunlaa…ngengada tau! Esok nak kena pegi kelas, malam ni nak kena layan iman, siti tu pun bukan sihat sgt…. , hissh budak nih.. ada2 jer tau!”

Aku macam tak percaya, azhar dah pegi jauh, dah tak ada lagi dah, dah tak datang opis kacau2 lagi, dah tak kol buat lawak surprise lagi dah. Sapa lagi nak kol aku? Sapa lagi nak peek-a-boo dengan aku?

Tu semua hanya tinggal kenangan. No more azhar, bewang, beruang, belantaro, har..har.., noor azhar hasan!


Why must him? Why must him?


Semoga Allah mencucuri rahmat-Nya ke atas Allahyarham... Amin

Friday, January 2, 2009

HApPy nEw yEaR '09

Selalunya bila tiba new year, soalan pertama yang diajukan ialah: APA AZAM TAHUN BARU?
kenapa mesti nak kena tunggu tahun baru boleh ada azam? habis tu? azam lama tu semuanya menjadik lah yer? boleh tak kolo aku kata, aku nak renew azam lama aku yg masih tak kesampaian...
kalau nak ikutkan, mmg banyak dan terlalu lalu banyak kehendak kita di dunia ni yang mmg tak pernah puas dengan apa yg ada. mesti nak lebih. human being... kolo takde perasaan camtu namanya bukan manusia, yer tak? baik jadi kambing, takyah nak pikir mandi, pegi keje, jaga anak2, sekolah, bayo kete, bayo umah etc. yg kambing tau, cuma makan rumput sbb nak teruskan hidup. panjang jugak usia kambing.... w/pun hanya bergantung pada rumput. bertuah nasib badan kau lah hai kambiiiiinggg...
Aku? satu target aku tahun ni, firstly aku nak renovate umah aku. biar aku susah asalkan aku nmpak depan mata aku sendiri apa yang aku idamkan, biar aku tau duit aku ke mana, untuk aku hidup selesa dengan suami dan anak2. aku nak jadikan rumah aku "HOME SWEET HOME". Insya Allah....
Secondly, yang no 2 dan seterusnya... masih belum ada ketentuan lagi.... masih samar2...
Apa2pun, aku berdoa moga tahun ni, rezeki aku sekeluarga akan bertambah dan hidup lebih bermakna. Buat suami tersayang, moga impianmu akan terlaksana, amiiin.
Buat anak2 mama, moga kalian menjadi anak yang boleh membanggakan kedua ibubapamu.
Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim.....
Pada-Mu YaAllah, permudahkanlah segala urusan harian kami. Amin.