Wednesday, December 31, 2008

Fish BBQ+Awal Muharam :: 28 Dec 2008 ::

After 4 days waiting for nothing at home...

Hubby decided to balik kampung suddenly. So we all as usual, unplanned, heading to kampung tghri hari ahad. Smpai kg about 2.30pm terus ke PIL.

  • Aku and maklong sibuk didapur preparing for fish BBQ tonite. While others, mengaminkan bacaan doa akhir tahun by abah and siap2 nak solat jemaah untuk awal muharam.
  • Majlis start after maghrib. maksu sibuk 'menjual' popia panasnya yg bermacam 'size'. (hehe... korang ingat tak lagi betapa gamatnya bila semua size ada dlm kuali panas tu? and tiba2 paksu jerit smbil tunjuk ubi bakor "ha!! yg ni paklong punyer tau!" - kah kah kah!!) - apa pun, popia simple tu boleh tahan gak rasa dia.... aku suka.
  • Nasik lemak+smbal tumis maklong, pergh! mmg vogue d vas!... kolo bukak gerai, mesti laku.
  • Sambal cicah ikan bako makngah, wallah!!! pedas! sehingga menjilat celah jari.
  • Dan yang paling aku patut makan banyak tp cuma dpt makan sikit ialah: IKAN BAKO SUMBAT KELAPA. Kalaulah ku tahu betapa sedapnya ikan bako sumbat ni, mesti aku suruh maktam beli satu tong kat paso semalam.
  • Habis majlis makan2, kami dihiburkan oleh penyanyi nasyid sumbangsih dgn lagu: HIJRAH
  • Then, maksu bukak kelas vokal dengan lagu: VESPA HJ SAAD - yg buat semua org gelak beso bila diulangtayang even 10kali pun. Dan aku rasa cuma maksu sorang jer yg seswai nyanyi lagu tu.

Well.... we had a wonderful unplanned fish BBQ + family gathering malam tu. Terima kasih pada kalian semua kerana berjaya merealisasikan function yg pada mulanya aku bayangkan cuma 'sepoi2 bahasa'. Tapi tak sangka boleh smpai jadi ke tahap 'ribut asia tenggara'. Korang memang havock!!


Saturday, December 6, 2008

:: Get well soon... beloved mother ::

Bad news! mother was admitted to hospital pakar sultanah aminah on the 3rd Dec 2008 by ambulance. Mak memang dah lama tak kena attack jantung dia tu.... kesian mak! mak dah pernah buat angiogram 2 kali 4 tahun lepas. and sepanjang 4 tahun ini, mak tak pernah mengadu sakit dada... cuma makan ubat tiap2 hari without fail. abah sememangnya jadi nurse mak selama ni. tapi semalam aku dapat kol dari mak su ... mak admitted! sepanjang malam aku tak boleh tido. esok kena keje sbb aku mmg banyak keje nak kena settle kat opis tu. aku kol kak chik, kak chik cakap tengok conditions mak cmner dulu baru decide whether nak balik kampung ke tak. ok... at least aku dah dpt klu... aku ikut jer lah kak chik's decision. tapi dlm hati aku, mmg kena balik kampung pun nanti. aku tau mak akan kecik hati bila anak2 tak balik jenguk dia kat spital tu... mak.... knowing her.... luar kata lain, tapi dalam hati lain... luar kata tak payah la... nanti susah nak mintak2 cuti... keje banyak.... tapi dlm hati, anak2 sumer tak nak balik jenguk mak sendiri. mak dipindahkan ke ward CCU pagi esoknya sbb darah tinggi and jantung ada problem lagi. bila dah kat ward CCU ni, memang lah kena balik kampung jawabnya. aku apply cuti 2 hari... kamis n jumaat... then boleh lah cuti terus sampai raya haji nanti. plan tak nak balik kg raya haji ni terpaksa dibatalkan.... tak per... demi seorang ibu tersayang... mak! mak!!

bibik aku tak approve dia nak mintak cuti this weekend. bibik terpaksa ikut kami balik kg sbb nak kena jaga anak2 aku 4 orang tu.... mmg kena ikut sbb nnti aku nak pg visit mak kat spital anak2 tak boleh masuk ward.

dah 3 hari kami adik beradik & para menantu bergilir gilir jenguk mak kat ward. doctor kata mam tak boleh balik rumah raya haji ni .. sbb ubat cair darah tu kena extend another 2 days... semalam abang mak datang dr layang2... tu yang agaknya jantung mak jadi tak stabil sbb mak terlalu sedih. lepas dh habis ubat tu, mak will then be transferred to ward biasa dlm 2-3 hari.... kami dah request first class room untuk mak. biar mak rehat sepenuhnya tanpa banyak gangguan.

aku suap mak makan... aku cebokkan mak.... aku lap dahi mak.... dlm hati, inilah first time aku buat camni untuk mak.... aku rasa sedih sbb baru kali ni aku berpeluang buat mak camtu..bila mak dah sakit.. bila mak dah tak boleh bangun, tak boleh gerak....kenapa tak dari dulu bila mak sihat aku buat camtu? kenapa baru sekarang? kenapa mak boleh jaga 6 orang anaknya... sedangkan aku, baru sekali ini jaga mak yg tak seberapa tu???

aku doakan mak cepat sembuh... mak sihat macam dulu2..... nanti aku balik kmpung mak boleh masakkan untuk kami lagi... layan cucu2 mak yg seramai 22 orang tu. buat hati mak terhibur! yang pasti, raya haji tahun 2008 kami akan beraya tanpa mak di sisi, dah kami akan makan makanan yang bukan mak masak!! ah!! rindunya masakan mak nanti.... tak dapat aku bayangkan.

mak....
anak mak sayang mak
anak mak rindu mak
anak mak tak sanggup tengok mak sakit
anak mak nak jaga mak
tapi....
anak mak jauh
anak mak ada komitmen tersendiri
anak mak tak mampu buat yang terbaik untuk mak
doa...
sentiasa mengiringi mak
moga mak cepat sembuh
moga mak boleh masak sedap2
untuk anak2 mak
untuk menantu2 mak
untuk cucu2 mak
mak...
cepat lah baik
cepat lah balik...

insya Allah nanti krismas kami akan balik lagi jenguk mak. mak nak kami balik lagi nanti sbb mak tak dapat tengok cucu2 mak kali ni....
untuk mak... insya Allah kami akan tunaikan.