Saturday, January 24, 2009

Situasi

Diskriminasi menjatuhkan aku
Reputasi kini menjadi bisu
Dan aku, ku layu
Disitu

Mengharapkan sesuatu yang baru
Itulah impian aku

C/O
Dan bila kau menghilang
Musnah la, musnah impian
Tuk menggapai bintang
Terangi hidup ku
Ku mahu kau tahu
Engkaulah, destinasiku
Dalam ingatanku... oh oh oh...

Kerana diri ini tak daya lagi
Menempuh hidup yang ku temui
Dan aku, ku tunggu... oh oh oh
Disitu

Mengharapkan sesuatu yang baru
Itulah impian aku

Friday, January 23, 2009

jiwa kacau, fikiran melayang...

Anak2 aku tinggalkan kat umah dengan ema. Entah apalah yang derang tengah buat sekarang agaknya? Tengok tv kot, or dah tido. Sbb selalunya kalau hari jumaat ni pukul 9 semua dah melepak. Mungkin sbb penat 5 hari pegi sekolah dari pagi sampai ke petang. Ni first time aku ikut laki aku pegi class insurance dia…. Sbb aku tak larat nak drive pagi tadi. Aku tak confident aku boleh sampai ke office dengan hati yang tengah bercelaru dan jiwa yang kacau. Fikiran aku masih tertumpu pada arwah. Aku masih belum terima kenyataan yg dia dah jadi arwah. Sekelip mata, semuanya hilang.

Ntahlah…. Susah aku nak luahkan dengan kata2. Laki aku suruh aku banyakkan sedekah al-fatihah buat arwah. Am trying hard to forget him… tapi muncul pulak siti dan iman anaqi. Camner siti nak teruskan hidup tanpa suami tersayang? Camne siti nak berhadapan dengan sakit bersalin nnti tanpa suami di sisi?? Camner baby derang yang dalam perut tu nanti nak membesar tanpa kasih sayang seorang ayah? Banyak sgt soalan dalam kepala aku sekarang ni. Aku tak tau nak jawab walau satu pun soalan2 aku tu….

Thursday, January 22, 2009

Why must him?

Arah & Tuju hanya tinggal kenangan. Tak ada cerita yang buruk nak kami kongsikan pasal arwah … semuanya cerita2 manis yang keluar dari bibir ke bibir kawan2 semua. Satu kehilangan yang besar buat kami semua. He was a wonderful man, a funny and humour buddy, a loving father, a devoted husband, a compassionate friend. I personally will miss him a lot. Sbb apa? Sbb aku selalu nyakat dia bila tengah busy buat kerja, selalu baling kertas bila dia tengah focus on something, selalu “common prompt: busy konon!” when he’s staring at his desktop, and berebut2 swipe pass card bila nak balik, selalu sharing foods (- sbb aku food supplier dia), and paling kitorang suka dengki ialah, mess around the table! Selalunya bila dah petang2 bila kepala masing2 dah naik giler mungkin sbb banyak keje and mungkin sbb tak der keje langsung, aku akan peek-a-boo dengan dia. Mmg layaaann! One more thing, he’s the only man yang boleh and sudi minum petang dengan aku. Biasalah bila dah duduk minum2 tu kan, banyak lah cerita n gossip2 liar yang keluar. Tapi selalunya gossip tu sama je, banyak pasal kerja, pasal attitude orang sekeliling, pasal gelagat manusia yang bermcm2 ragam.


Bila kaki melangkah ke dalam surau, badan terasa longlai…. Terkujur kaku seorang kawan di depan mata. Smpai aku rasa … “ah! Ko ni kan azhar, mmg suka buat lawak tau, suka buat surprise itu ini… bangunlaa…ngengada tau! Esok nak kena pegi kelas, malam ni nak kena layan iman, siti tu pun bukan sihat sgt…. , hissh budak nih.. ada2 jer tau!”

Aku macam tak percaya, azhar dah pegi jauh, dah tak ada lagi dah, dah tak datang opis kacau2 lagi, dah tak kol buat lawak surprise lagi dah. Sapa lagi nak kol aku? Sapa lagi nak peek-a-boo dengan aku?

Tu semua hanya tinggal kenangan. No more azhar, bewang, beruang, belantaro, har..har.., noor azhar hasan!


Why must him? Why must him?


Semoga Allah mencucuri rahmat-Nya ke atas Allahyarham... Amin

Friday, January 2, 2009

HApPy nEw yEaR '09

Selalunya bila tiba new year, soalan pertama yang diajukan ialah: APA AZAM TAHUN BARU?
kenapa mesti nak kena tunggu tahun baru boleh ada azam? habis tu? azam lama tu semuanya menjadik lah yer? boleh tak kolo aku kata, aku nak renew azam lama aku yg masih tak kesampaian...
kalau nak ikutkan, mmg banyak dan terlalu lalu banyak kehendak kita di dunia ni yang mmg tak pernah puas dengan apa yg ada. mesti nak lebih. human being... kolo takde perasaan camtu namanya bukan manusia, yer tak? baik jadi kambing, takyah nak pikir mandi, pegi keje, jaga anak2, sekolah, bayo kete, bayo umah etc. yg kambing tau, cuma makan rumput sbb nak teruskan hidup. panjang jugak usia kambing.... w/pun hanya bergantung pada rumput. bertuah nasib badan kau lah hai kambiiiiinggg...
Aku? satu target aku tahun ni, firstly aku nak renovate umah aku. biar aku susah asalkan aku nmpak depan mata aku sendiri apa yang aku idamkan, biar aku tau duit aku ke mana, untuk aku hidup selesa dengan suami dan anak2. aku nak jadikan rumah aku "HOME SWEET HOME". Insya Allah....
Secondly, yang no 2 dan seterusnya... masih belum ada ketentuan lagi.... masih samar2...
Apa2pun, aku berdoa moga tahun ni, rezeki aku sekeluarga akan bertambah dan hidup lebih bermakna. Buat suami tersayang, moga impianmu akan terlaksana, amiiin.
Buat anak2 mama, moga kalian menjadi anak yang boleh membanggakan kedua ibubapamu.
Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim.....
Pada-Mu YaAllah, permudahkanlah segala urusan harian kami. Amin.

Wednesday, December 31, 2008

Fish BBQ+Awal Muharam :: 28 Dec 2008 ::

After 4 days waiting for nothing at home...

Hubby decided to balik kampung suddenly. So we all as usual, unplanned, heading to kampung tghri hari ahad. Smpai kg about 2.30pm terus ke PIL.

  • Aku and maklong sibuk didapur preparing for fish BBQ tonite. While others, mengaminkan bacaan doa akhir tahun by abah and siap2 nak solat jemaah untuk awal muharam.
  • Majlis start after maghrib. maksu sibuk 'menjual' popia panasnya yg bermacam 'size'. (hehe... korang ingat tak lagi betapa gamatnya bila semua size ada dlm kuali panas tu? and tiba2 paksu jerit smbil tunjuk ubi bakor "ha!! yg ni paklong punyer tau!" - kah kah kah!!) - apa pun, popia simple tu boleh tahan gak rasa dia.... aku suka.
  • Nasik lemak+smbal tumis maklong, pergh! mmg vogue d vas!... kolo bukak gerai, mesti laku.
  • Sambal cicah ikan bako makngah, wallah!!! pedas! sehingga menjilat celah jari.
  • Dan yang paling aku patut makan banyak tp cuma dpt makan sikit ialah: IKAN BAKO SUMBAT KELAPA. Kalaulah ku tahu betapa sedapnya ikan bako sumbat ni, mesti aku suruh maktam beli satu tong kat paso semalam.
  • Habis majlis makan2, kami dihiburkan oleh penyanyi nasyid sumbangsih dgn lagu: HIJRAH
  • Then, maksu bukak kelas vokal dengan lagu: VESPA HJ SAAD - yg buat semua org gelak beso bila diulangtayang even 10kali pun. Dan aku rasa cuma maksu sorang jer yg seswai nyanyi lagu tu.

Well.... we had a wonderful unplanned fish BBQ + family gathering malam tu. Terima kasih pada kalian semua kerana berjaya merealisasikan function yg pada mulanya aku bayangkan cuma 'sepoi2 bahasa'. Tapi tak sangka boleh smpai jadi ke tahap 'ribut asia tenggara'. Korang memang havock!!


Saturday, December 6, 2008

:: Get well soon... beloved mother ::

Bad news! mother was admitted to hospital pakar sultanah aminah on the 3rd Dec 2008 by ambulance. Mak memang dah lama tak kena attack jantung dia tu.... kesian mak! mak dah pernah buat angiogram 2 kali 4 tahun lepas. and sepanjang 4 tahun ini, mak tak pernah mengadu sakit dada... cuma makan ubat tiap2 hari without fail. abah sememangnya jadi nurse mak selama ni. tapi semalam aku dapat kol dari mak su ... mak admitted! sepanjang malam aku tak boleh tido. esok kena keje sbb aku mmg banyak keje nak kena settle kat opis tu. aku kol kak chik, kak chik cakap tengok conditions mak cmner dulu baru decide whether nak balik kampung ke tak. ok... at least aku dah dpt klu... aku ikut jer lah kak chik's decision. tapi dlm hati aku, mmg kena balik kampung pun nanti. aku tau mak akan kecik hati bila anak2 tak balik jenguk dia kat spital tu... mak.... knowing her.... luar kata lain, tapi dalam hati lain... luar kata tak payah la... nanti susah nak mintak2 cuti... keje banyak.... tapi dlm hati, anak2 sumer tak nak balik jenguk mak sendiri. mak dipindahkan ke ward CCU pagi esoknya sbb darah tinggi and jantung ada problem lagi. bila dah kat ward CCU ni, memang lah kena balik kampung jawabnya. aku apply cuti 2 hari... kamis n jumaat... then boleh lah cuti terus sampai raya haji nanti. plan tak nak balik kg raya haji ni terpaksa dibatalkan.... tak per... demi seorang ibu tersayang... mak! mak!!

bibik aku tak approve dia nak mintak cuti this weekend. bibik terpaksa ikut kami balik kg sbb nak kena jaga anak2 aku 4 orang tu.... mmg kena ikut sbb nnti aku nak pg visit mak kat spital anak2 tak boleh masuk ward.

dah 3 hari kami adik beradik & para menantu bergilir gilir jenguk mak kat ward. doctor kata mam tak boleh balik rumah raya haji ni .. sbb ubat cair darah tu kena extend another 2 days... semalam abang mak datang dr layang2... tu yang agaknya jantung mak jadi tak stabil sbb mak terlalu sedih. lepas dh habis ubat tu, mak will then be transferred to ward biasa dlm 2-3 hari.... kami dah request first class room untuk mak. biar mak rehat sepenuhnya tanpa banyak gangguan.

aku suap mak makan... aku cebokkan mak.... aku lap dahi mak.... dlm hati, inilah first time aku buat camni untuk mak.... aku rasa sedih sbb baru kali ni aku berpeluang buat mak camtu..bila mak dah sakit.. bila mak dah tak boleh bangun, tak boleh gerak....kenapa tak dari dulu bila mak sihat aku buat camtu? kenapa baru sekarang? kenapa mak boleh jaga 6 orang anaknya... sedangkan aku, baru sekali ini jaga mak yg tak seberapa tu???

aku doakan mak cepat sembuh... mak sihat macam dulu2..... nanti aku balik kmpung mak boleh masakkan untuk kami lagi... layan cucu2 mak yg seramai 22 orang tu. buat hati mak terhibur! yang pasti, raya haji tahun 2008 kami akan beraya tanpa mak di sisi, dah kami akan makan makanan yang bukan mak masak!! ah!! rindunya masakan mak nanti.... tak dapat aku bayangkan.

mak....
anak mak sayang mak
anak mak rindu mak
anak mak tak sanggup tengok mak sakit
anak mak nak jaga mak
tapi....
anak mak jauh
anak mak ada komitmen tersendiri
anak mak tak mampu buat yang terbaik untuk mak
doa...
sentiasa mengiringi mak
moga mak cepat sembuh
moga mak boleh masak sedap2
untuk anak2 mak
untuk menantu2 mak
untuk cucu2 mak
mak...
cepat lah baik
cepat lah balik...

insya Allah nanti krismas kami akan balik lagi jenguk mak. mak nak kami balik lagi nanti sbb mak tak dapat tengok cucu2 mak kali ni....
untuk mak... insya Allah kami akan tunaikan.





Thursday, November 20, 2008

Love is really HURT

***

Love hurts, love scars
Love wounds, and marks
Any heart, not tough
Or strong, enough
To take a lot of pain
Take a lot of pain
Love is like a cloud
Holds a lot of rain
Love hurts, ooh ooh love hurts
Im young, I know
But even soI know a thing, or two
I learned, from youI really learned a lot
Really learned a lot
Love is like a flame
It burns you when its hot
Love hurts, ooh ooh love hurts
Some fools think of happiness
Blissfulness, togetherness
Some fools fool themselves I guess
Theyre not foolin me
I know it isnt true
I know it isnt true
Love is just a lie
Made to make you blue
Love hurts, ooh,ooh love hurts
Ooh,ooh love hurts

***






Tuesday, November 18, 2008

mY litTle baBy

blog aku ni takder pengkhususan... apa yg terlintas di fikiran aku yang suddenly/spontaneously that i would like to tell/story to you, aku akan terus create new post. heheh.. as you are aware.. ilham tidak boleh dipaksa2 kan? buat blog ni as if kita sedang bercakap dengan someone, kita yg jadi story teller nyer... so, this time i would like to share a lil' bit abt my 4th birth delivery.

yg no 4 ni aku normal, kat ampang putri ngn doctor ashar.... tu pun aku induce, pagi tu aku check up cm biasa sebelum tu doc dh bgtau aku nyer air ketuban sikit, so dia tak nak aku sakit naturally... sbb takut tak sempat duduk jauh kan from rawang-kl kolo sakit kat opis tak per lah, dekat..... but to be at the safe side, dia mmg nak induce aku bila dah tiba masa so, masa last cek up tu, masa scan doc kata it's about time to deliver... pah tu tanya aku nak induce tak? aku kata, up to you, which is better so, aku pn terus lah warded.... ngn sihat2 walafiat tu... tak der sakit apa pun, masa tu pun tak open lagi, cuma 2.5cm jer. then kul 12 aku disuruh masuk labour room.... tak tau nak buat apa, dlm hati tak berhenti aku berselawat moga2 aku dipermudahkan, sambil2 tu aku tgk tv, baca novel... keluar masuk toilet (just to make sure that aku 'clean' - heheh), laki aku relax jer (sbb tak rasa apa yg org perempuan rasa), siap buat kerje lagi ngn laptop dia kat labour room tu... sabor jer lah. lama lah pulak kat dlm tu, aku tanya nurse aku lapo sgt, boleh tak nak makan dulu, nurse kata boleh tapi aku tak digalakkan makan banyak sbb takut muntah nnti nak amik gas kan. Aku ingat lagi nama nurse tu Kak Wan... very cool, very soft... buat aku raya selamat dan yakin. Then, about 2.30pm aku dh kena induce pakai drip, lepas tu sakit dan sakit laa.. contraction makin kuat!

alhamdulillah, ku l3.47pm anak aku kuar .. tu pun doc duduk jer dpan aku, terus bluup!!!... hehe... aku dh takleh tahan... ubat tahan sakit pun tak sempat nak imune dlm badan aku, anak aku dh kuar dulu. Slamaaattt..!
Welcome to the new world my son, MUHAMMAD AQEEF FAHMI.


Segala kesakitan hilang sekelip mata bila pertama kali ku pandang wajah comel gebu nya. Ya Allah, aku bersyukur kerana aku dikurniakan sekali lagi amanatMu ini.... insya Allah, akan aku cuba mencorak yg terbaik buat nya... dan juga anak2 ku yg lain. Mama sayang anak2 mama, more than everything!



Monday, November 17, 2008

my chedet.com

everyday.. while waiting my hubby to fetch me up here.... the thing that i would love to do is reading the chedet.com. Eventhough aku ni tak suka sgt bab2 political... tapi blog chedet tak sikit tapi banyak buat aku belajar tntang alam politik tanah air kita nowadays. Pandangan2 yg bernas and mabeles dr chedet sememangnya buat aku - from the bottom of my heart... i salute him!

satu entry dr chedet yg buat aku tersenyum panjang ialah:

  • I have a problem. I cannot remember the date I was married. As a result I always get into trouble with my wife.

  • She has a remarkable memory for dates, not just her own or our special dates but she can remember the dates of birth of all her children, the dates of their marriage, the birthdays of all 17 of my grandchildren and even of her sisters and brothers and late parents.

  • So I can rely on her and sign the birthday cards she passed on to me. Unfortunately she cannot remember much of what she read when studying medicine. So I used to coach her. Thus we complement each other.
aku tersenyum sbb apa? sbb benda tu pun terkena kat aku gak... as my hubby really hard to remember the birthdays of my children and even our marriage date!! malu jer kan... aku masih ingat lagi, satu hari tu aku dapat call - masa tu aku baru beberapa hari given birth to my second baby... ayah was asking bout when is our nikah's date. He was rushing to register my second baby kat pejabat pendaftaran masa tu... tengah isi borang lah kot...
tu lah, HUMAN MEMORY.... tak sama mcm memory kat PC ni yg boleh di save, edit, add and delete kan. if you wanna read more bout chedet HUMAN MEMORY click this link: http://test.chedet.com/che_det/2008/10/

well.... well... aku ada gambo our ex PM ni.... yg very cool, very understanding... nnti aku paste kan... kat opis lah puLOK!


Sunday, November 16, 2008

sushi lagiiii...



atas permintaan anak2... (hehe.. sebenonya my own request) kami minta ayah belanja we all makan sushi... yahuuu!!! entah kenapa aku suka sgt makan sushi... dulu2 ayah tak suka tempat2 mcm ni... ayah kata:

  • mahal laaa... makan ciput tapi bayo mahal, tak berbaloi!
  • baik makan tempe goreng cicah sambal kicap, lagi sedap!
  • ayah tak reti la makanan org asing nih.... tekak tak leh nak telan
tapi sekarang.... zaman dah berubah. ayah selalu ajak kami pegi makan sushi sebab:
  • cuba la rasa orang lain punyer food... tak cuba tak tau...
  • sushi is a healthy food!
  • boleh pilih... nak pinggan mahal or yang paling murah...rm2 jer...
  • kat sini best... tak ramai orang... privacy.
hehe.... tu lah ayah! dulu sombong... sekarang nih everytime makan kat situ... ayah yang lebih2... ayah mesti letak wasabe satu sudu.... bila ayah cicah sushi kat wasabe tu... sampai hijau! nanti muka and telinga ayah...terus bertukar warna merah bila nak telan. Disebabkan tadi kat umah tak lunch sbb mama malas nak masak... : ) so masing2 pulun berpinggan2 smpai satu meter... abang ngn adik makan 'sakana black pepper' one set each. Habis plak tu!! lapor kaaaann... mama ngn ayah tumpang sikit2 jer lah... fariez sekarang dah mula get use ngn sushi ni.. first time dulu bawak derang... sumer buat muka sedih. sumer mcm layan tak layan jer... tak per lah... nanti lama2.. ok la tu... like today...

anyway... thanks a bunch to ayah!! terima kasih daun keladi....

me & them


the first entry.... masih kelabu2, masih blur2... in how to create my own blog. hehe... masih bertatih... hari ni aku bangun lambat sbb aku rasa masa weekend jer aku nak tido lebih masa (wpun sebenonya cuma sedikit!). tu pun anak2 aku pagi2 dah bising2 suh aku bangun mandi and sarapan sekali dengan derang. aku buat dek jer.. sbb aku memang nak spend sikit time aku atas katil. bila lagi, yer tak? esok dah start keje.. bermakna rutin hidupku akan kembali lagi.. keja.. keja... balik lambat... lambat dan lambat. kesian kat anak2 aku seharian tunggu aku balik.. lebih2 lagi baby aku yang baru 3bulan lebih... tapi nak buat mcmana... keja carik duit pun untuk anak2 mama jugak kan?? luv you all...