Wednesday, February 3, 2010

an appointment

.
bring Fariez to rumah ustaz at bandar tun razak. harap2 lepas ni he'll be okay. he looks fresh and energetic lepas kena urut dengan ustaz. kesian fariez, the whole nite he couldn't sleep (dan aku pun sama tak tido sbb jaga dia). fariez mandi 3 kali... serba tak kena, kejap ke sana, kejap ke sini. bila ingat2 balik, he has done thorough check-up at tawakal abt 2 yrs ago. he has done the EEG and CT scan as well - and the result was normal. i wonder why dia boleh kena lagi mcm tu. walaupun naluri ku berkata - he's OK ... BUT there must something wrong somewhere. tak mungkin kalau dia normal tapi kenapa dia boleh jadi mcm tu sekali. aku harap, lepas jumpa ustaz dan aku akan buat appointment lagi may be another 2 weeks from now - fariez will be better and better. amin.
.
since am taking a half day leave, aku amik kesempatan to bring hanis to see the orthodontic - dr sarah haniza at taman tun dr ismail as suggested by dr kim tan for hanis's dental assessment and orthondontic care. she needs further treatments due to her cleft problem. it took us abt 2 hrs in the clinic - x-ray + referral letter + details assessment and explanation + teeth model etc. a grateful thanks to dr sarah haniza for the hospitality. she's very nice person. hanis is scheduled to see her again in june upon her completion check-up by the panel dentist. so many stages to go through. expectantly, hanis will be strong and brave to go through all these. she's a good girl! i know she could! (cuma aku rasa, aku jer yg belum bersedia dan berani nak tengok dia menempuhi semua2 tu.... hati seorang ibu... - she could be my motivator, i think?) hehe...
.
lepas dah siap appointments.... kami singgah ke rumah kak cik for solat maghrib. and as usual - had a dinner there (mesti kena makan kat situ hehe), and one more thing yg buat aku ada geli hati sikit and rasa macam tak patut aku terima tapi nak buat mcmana kan... tak baik tolak rezeki... ikikikik!!! - aku dpt angpaw from kak cik as a birthday gift! huhu!!! siapa sangka... dh tua2 bangka pun ada lagi orang appreciate mcm tu kaannn??? anyway, tenkiu very very much for the angpau notes. hehe... really appreciate it!! - thank you again for making my day.
.
hmmm.... a day with full of kepenatan tapi ada terselit kegembiraan. sampai rumah and then siap2 nak tido.... z z z z ....
.

today's the day... that very special day...!!

.
An additional number of my age.
.
Not just a year older, but a year better.
.
Happy Birthday and many happy returns of the day!!
.

Thursday, January 28, 2010

anak2 sekolah

.
tahun ni... (dr awal tahun pn aku dh rasa nervous sebenonya) - anak aku yg bujang sulong tu nak amik UPSR. dah beso panjang dah ek anak aku tu... tp kenapa la mama ni terasa mcm muda mudi jer. berjiwa muda agaknya. ataupun mmg awet muda? -- yer la tuu...

awal2 aku dh pesan, tahun ni abang takleh main banyak, jgn buang masa, focus belajar, jgn tinggal solat, doa banyak2, banyakkan buat latihan & revision dan mcm2 lagi. abang lemah in subject math (sama la mcm aku pun! - aku mengaku : ( hehe ). masih ada masa kalau nak score, tp kena lah struggle. moga abang berjaya - insya Allah. Amin.

hanis - hmmm... susah tul nk cakap. malam tak nak makan nasik, lepas maghrib, tup2 dah tido... z z z z... tu jer kejenya. jadual waktu untuk esok entah ke mana - homework pn entah ke mana. kadang2 baru jer latih tulis jawi... baru jer 2 -3 ayat, dah nak tido. bila ditegur - merengek2 phtu merajuk membatukan diri. gerammmm sesangat kdg2. dah la kurus kering, nak angkat beg sekolah pun tak larat. dah la tu - sekolah kena panjat tangga, tinggi lah jugak! so skrg ni, bila kami2 malas nak layan karenah dia tu.. diamkan jer la. sapa yg jadi mangsa? abang jd mgsa buatkan jadual waktu, kdg2 aku pn kena bila abang sibuk wat keje sekolah. beg sekolah? sapa yg tolong angkat? hehe... hari2 fariez dok membebel kata: adik niiee.. dh la jalan lmbat, lepas tu fariez plak kena tolong bawakkan beg sekolah dia. penat laa...!!! - reaksi hanis?? hiks. buat muker poyo jer la... kesian mangsa2 tu.

Fariez aku tgk dia tahun ni macam ada rajin sikit la nak buat homework cecepat. agaknya dh banyak sbb dh darjah 3, ataupun malas nak dengo ayah membebel non stop bila tak siap keje sekolah. lgpun nnti ayah akan cek buku satu2. kantoi karang, lagi teruk kena. huhu. harap2 kerajinan tu berkekalan la smpai akhir tahun.

aqeef plak! adeh!! semakin nakal, semakin tough! suker panjat2 sofa & tangga - dh banyak kali jatuh pun tak serik2 jugak. cuma tahun ni dia agak 'culture shock' sbb kat umah cuma dia ngn bibik jer.... tahun lepas hanis ada belah petang, lepas tu cuti sekolah lama... ada abang2 sekali. meriah la hidup dia main2 adik beradik. masuk tahun ni.... sorang2 la. bibik kata, selalu jugak dia masuk bilik abang2 and kakak dia tercarik2. syiaannnn si bulat kikif!! jadik pendiam la gamaknya sbb bibik tak banyak cakap - aku pesan suh dia tgk playhouse disney la hari2. biar tak bosan.

tu lah... hari2 kehidupan.

.

Tuesday, January 26, 2010

bertemu sekejap

.
went to sogo yesterday eve to meet asit. at last! dpt jugak jumpa dia - mmg nmpak perubahan. cuma tang muker tu jer yg susah sikit kot nak dibujurkan hehe - jgn marah sit!! makan2 borak2 cuma tak mabuk2 jer sbb masa tak mengizinkan. time is very limited to us. anyhow - aku happy, dpt gelak jugak terbahak2. ikikik! kolo dh jumpa tak sah. sumer jd bahan cerita. thanks for your time sit - sbb aku ko terpaksa miss your class - and to do double trouble for the next class. huhu. xper... alah bisa tegal biasa.
.

Friday, January 22, 2010

yang telah pergi

.
al fatihah buat arwah azhar - genap setahun pemergian beliau. kalau dia ada skrg ni mesti dia sibuk layan anak2 comel dia tu, mesti dia sibuk study and mesti dia sibuk cerita pasal hidup baru dia kat umah baru.... hmmm... yg pegi tetap pegi. Allah lebih sayangkan dia.
.
hari ni jugak - rakyat johor bersedih dengan kemangkatan DYMM Sultan. Sejak aku kecik dan aku sbg rakyat Johor bernaung di bwh pemerintahan Almarhum. Teringat masa sekolah dulu2 tiap kali perhimpunan mesti lagu negeri Johor. Hmmm.... even though aku skrg keje kat KL, tapi aku terasa kehilangan seorang Sultan yg berjiwa rakyat dan aku mcm terasa yg aku rakyat Johor tp mcm dah 'keluar' pulak dr Johor.
.
kepada arwah - moga Allah mencucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yg beriman.
.

Wednesday, November 25, 2009

jadi carca marba kepala otak

.
can i just say....
.
pleaaaaassseee ....!!! return it to me!
i want back my things!
.
.
.
(wandering what is it hah?)
after some time ..... now am blogging again!
.
will come up with few stories
tungguu.......
.
.

Monday, November 9, 2009

.
8 nov 2009
happy 11th birthday to fauzan farique
.
acik sidah has kindly given to abang 2.5 kgs of chocolate cakes for his 11th birthday. mama & ayah took the cake @ acik's house in serdang after work. pergh!!! what a traffic!!! kalau balik rawang, dh lama smpai umah tu. hmm... nak buat camne kan, org dah buatkan... jauh dekat kenalah ambik jugak cakes tu. many2 thanks to acik sidah for the lovely cakes!
.
kebetulan jamuan perpisahan sekolah agama. abang brought the cakes to school. tapi mama dah siap2 potong dh from home. kalu tak karang, susah pulak ustazah nak potong2 kat sekolah. dengan ramai kanak2 sek berbaju putih... hmm...
.
abang so happy and thanked to us. may be hari jadinya kali ini memberi kenangan terindah buatnya dan kawan2.
.

Thursday, October 1, 2009

dun trust anybody!

.
.
kenapa manusia terkadang terlalu buta untuk menilai sesuatu.... betul kata orang: jgn mengharap sesuatu yg belum pasti, kerana tidak semestinya harapan itu akan menjadi nyata. tapi, manusia mudah percaya pada insan yang paling dekat dgn dirinya... betul? tak semua orang boleh percaya pada diri sendiri, tapi dia lebih percaya pada orang lain... JANGAN!!! jangan buat mcm tu.... diri sendiri mestilah diutamakan!! sebab? sebab kalau berlaku apa2 dikemudian hari, tak perlu salahkan orang lain, salahkan diri sendiri, biar diri sendiri yang tanggung... tak payah nak melibatkan hal orang lain. tak perlu nak argue dengan orang lain, sendiri berani buat, sendiri tanggung lah!!
.
tapi mcmana kalau nasi dah menjadi bubur? nak diungkit2 bukan mendatangkan hasil pun! lagi sakit hati ada lah! sebab tulah ada orang kata: aku benci diri aku... !!! aku benci diri aku sbb terlalu percaya pada dia!! padahal dah banyak kali aku terkena, bukan sekali dua... tapi banyak kali... tapi kenapa aku bodoh sgt?? kenapa bodoh sangat sebab masih percaya pada dia??? dan setiap kali aku terkena, aku cakap benda yang sama.... nanti esok2 pun aku buat lagi.. kenapa?? dah tau mcm tu tapi kenapa buat lagi?? *sigh*... hmmmm... ntahlah... sbb aku bodoh kot??
.
manusia tu dah penat, dah letih, dah tak larat..... dah tak tau nak cakap apa lagi. tapi padan dengan muker manusia tu sbb tak reti2 lagi nak SERIK!
.
full stop!!
.

Monday, September 14, 2009

selamat hari jadi buat fariezan afeef

.
.
@@ 13.09.2009 @@
Ahad
.
Fariez tak sabar2 tunggu hari lahir dia yang ke 8 tahun.... pagi2 dah bangun pakai baju nak pegi kedai beli pistol. bila mama tanya, pistol berapa ringgit, dia kata 12 ringgit. lepas tu mama tolong kirakan duit... tak cukop lah fariez! cuma ada 10 ringgit jer. tiba2 abang mencelah, ha! kalau nak duet lebih, pegi buat keja, nnti mama bagi upah. fariez kata, fariez pijak ngn urut badan mama lah, nnti mama bagi upah... mama yang tengah mamai baru bangun tido, pun baring lah lagi atas tilam....
.
tetiba abang berbisik: mama, abang nak pegi kedai kejap beli hadiah fariez! aik!! hari2 gaduh pun ada hati nak belikan hadiah untuk fariez?? abg kata: tak per lah mama, kesian dia, harijadi dia, dia kena beli hadiah sendiri.... (sedey plak mama dengar pengakuan abang tu). heheeh.
berdezup abg pegi... sekejapan dh balik. mama pun bagi lah upah 5 ringgit kat fariez... suker sgt dia... senyuummm jer from ear to ear.... tak sabo2 dah nak pegi kedai.
.
balik dari kedai, abang cakap kat fariez: fariez, abg ada surprise, ada hadiah untuk fariez, tapi kena carik sendiri kat mana. fariez pn start lah mencari satu umah smpai fed up sbb tak jumpa. bila ayah cakap: ha cuba tgk tv tu..... baru lah dia terperasan ada note beso ngn kotak berbungkus suratkabar atas tv. suka lah dia...... suka sgt2!
.
fariez... fariez....
hari jadi fariez tak ada kek & lilin... tapi semalam mama dah belanja makan kat kedai... merangkap buka puasa dan makan malam.... cukop lah tu.... mengenyangkan perot untuk berpuasa esok hari. hehe...
.
moga anak mama yang nakal sorang ni akan jadi anak soleh dan boleh membanggakan mama dan ayah satu hari nanti. Insya Allah. Amin
.
.

Wednesday, September 9, 2009

sebulan telah berlalu...

.
sekejapan jer dh sebulan! hari ni 9.9.09. susah nak dapat nombor ni.
hmm... umah still under construction -- tak sempat la nak beraya umah baru tahun ni. xper lah, sebelum2 ni pun beraya kat kg, lagi meriah, lagi best!! anak2 aku jer lah yang teruja main bunga api ngn anak2 jiran... kongsi2 bunga api. kdg2 terdengar lah jugak mcm bunyik meriam. entah iya meriam ntah tidak... zaman dulu2 time aku kecik2 mmg itulah yg dinanti2kan bila lepas solat maghrib. Petang2 tugas kitorang ialah pasang sumbu pelita siap2 sebelum buka, phtu tuang minyak tanah and pasang api, dari satu pelita ke satu pelita penuh keliling umah! Rumah yang paling banyak pelita, rumah dia lah yang menjadi perhatian org yg lalu lalang. So, masing2 macam berlumba2 lah pasang pelita and macam2 bentuk lah yang ada... dari tinggi ke rendah... rendah ke tinggi... ada jugak yang mcm gelombang.
.
Memang cantek and syahdu bila tengok dari jauh. 2-3 hari sebelum raya, aku mesti round2 keliling semua kampung berdekatan semata2 nak tengok pelita. Yang ada tu, sepanjang2 jalan kampung dari mula sampai ujong derang pasang pelita, sekali ngn pintu gerbang tuh.. macam2 pesen ada... hmmm... seronoknya lah waktu zaman aku kecik2 dulu. Sekarang? sekarang org dah tak 'main' lah ngn pelita... dah tak ada perasaan syahdu dah... sume pakai lampu karen jer... kaler2 lagi... yang kelap kelip pun ada. Ada tu siap ngn lagu lagi lampu... nnti kelap kelip ikut rentak lagu... hai.. macam2 zaman sekarang nie. Semuanya senang jer. Hanya dengan satu jari, maka teranglah rumah raya dengan cahaya warna warni lampu neon. Ada jugak sekarang ni, pakai lilin cenonet yg beli kat ikea tu, yang seratus bijik tp tak sampai pun 10 hengget, jenis yg pakai buang. So, Tak ada lah lagi tangan yang bau minyak tanah or jari yang melepoh sbb terkena api.
.
Tu yang kdg2 terasa budak2 zaman sekarang ni (termasuklah anak2 aku) tak reti nak buat kerja susah2. Bila susah sikit jer dah merengek. Lepas tu tak banyak pengalaman.... terperap jer dlm umah. Nak main bunga api pun mcm takot2... paling koman pun boleh main bunga api asap ngn pop pop jer. Aku dulu, ngn meriam buloh bagai. Pegi kebun ngn budak2 jantan carik meriam. Phtu buat sendiri tu.. pegi kedai carik apa ke namanya tu? haaa.. kabait!! yg mcm belerang tu... ye ker?? bukan kabait ngn belerang tu lain species ke? hantam saja la labuuu... asal aku paham. Haa.. tu lah. lain ulu lain parang, dulu ada kacang parang, sekrg kacang menglembu cap pagoda. tau apa kacang parang? tak tau? kesiaann....
.
hmmm... tak sabo plak nak balik beraya. tapi selalunya malam raya pertama aku kat umah belah laki aku. dah bertahun2 dah mcm tu. dulu masa lom kawen, malam raya adalah malam paling sibuk kat umah mak aku. mak aku sibuk masak sampai larut malam. aku plak sibuk isik kueh dlm balang -- aku ngn kak cik aku laa.. kang tak sebut nama dia, dia marah plak kang. hehehe... ada lagi... dia la yg paling rajin masa nak raya dulu, bila dia cuci umah kan, SATU umah smpai kilat umah tu dia cuci, pahtu dia kena lap pnggan mangkuk... banyak la kerja dia, ala2 cinderella la tuu... (huhu... gerenti kembang idong dia nih). kerja aku?? tuko alas kerusi ... nmpak senang, tapi sebenonya jenuh gak la kerja tu. penat wooo...!! banyak tu nak kena tuko! dari pagi smpai ptg tak siap2. jgn marah aaarr....
.
tu laa... bila aku imbau zaman aku ngn zaman anak2 aku sekrang.... apa sgt la yang derang ni boleh buat. cuma tau nak baju baru, kasut baru, duet raya... tu jer.... huh! tak thrill langsung! nantilah, satu hari nnti aku asak derang cukop2! biar derang rasa apa yg aku rasa.... bukan senang nak raya and bukan senang nak dapat duet raya tau!! yg pastinya -- abah akan bagi duet raya yang aku rasa dh cukop lumayan bagi aku. puloh2 eaaaa... bukan satu puloh jer ek!
.
rasa nak balik semula ke zaman itu... alangkah bahagianya...
.
.

Saturday, August 8, 2009

sesak nafas!!

.
tarikh kejadian: 6 August 2009 @ 6.30pm - 11.30pm
.
masa on the way balik keje ari kamis, tetiba aku rasa aku bernafas mcm tak smpai ke paru-paru. lama2 aku jadi panic smpai nak bukak pintu nak terjun kete... tulonggg!! tulong bang berahim! makin lama makin teruk... oh tidak! nak mati ke aku nih? tak naaakkk!!! aku tak nak anak2 aku dapat mak tiri...!!
.
aku sesak nafas dari r&r sg buloh.. all the way to rawang aku cakap kat laki aku... cepat2!! need an oxygen.. can't breath!! wanna go to clinic... kuar tol rawang, jalan jam lah pulok!! sampai klinik... doctor cek BP... phtu cek apa tu yg pakai stetoskop tekan2 kat dada ngn bakang... phtu aku cakap "pls doctor... i can't breath.. ". Doctor suh buat lung x-ray... aku dah tak boleh jalan dah masa tu... rasa semacam jer dah badan aku... phtu aku tgk doctor mcm relax2 jer... ada kena pelangkung ngn aku ni.. ingat aku suker2 jer ker! phtu bila aku cakap lagi second time... doctor tu kata: "i'm the doctor, you just listen to me" ewah!! ewah!!..... ada kena sumpah jadi katak puru ni karang! mcm dia sorang jer doctor kat mesia nih.
.
last2 bila aku bernafas kat plastic tu tak berjaya, doctor baru terhegeh2 suh misi kat situ amik tong oxygen... ada la dlm 10 minit camtu aku pakai oxygen tu... sementara tu, doctor tu prepare referral letter suh aku refer specialist terus.
.
uwaaa!!! aku takmo kena b4b1... sbb aku tak penah berinteraksi secara langsung ngn b4bi.... sampai kt ampang puteri terus parking keter depan kecemasan & trauma area. laki aku pg register, aku cek bp (bp: 139/106), phtu nek wheel chair masuk dlm blk emergncy cek oxygen dlm badan (ok: 100%) -- nurse tu pun kata, eh! oxygen ok laa.. 100%... kenapa eh? bila dia letak temperature kat dahi... dia kata: haa.. ada demam ni.... lor.. naper plak demam ek? aku tak rasa aku demam pun!
.
pahtu aku baring atas katil... doctor pun dtg tanya itu ini.... suh aku buat 3 tests:
1. blood test
2. lung x-ray
3. h1n1 test
.
tak suker tak suker!!! nurse yg nak amik darah kat tangan aku tu mcm ilang sabor bila dia carik urat tangan tak jumpa.... hahaha!!! memula tangan kanan, tekan2 carik urat, tak der.. phtu dia kata urat kat dalam ni, tak nampak sgt, tukar tangan kiri plak, tekan2 lagi... carik2 lagi urat2 ku, tapi tak der jugak... hehehe!! sudahnya dia amik kat urat bawah jari manis aku... moral of the story: jgn bagi lem*k kt tgh tu banyak sgt.... naik lemak ler nnti... ekekek!!! susah bila time2 emergency nih kan. pnjg pulak story aku nih! aku short cut kan lah.
.
result:
1. blood test -- got bacteria infection -- aiseh...
2. lung x-ray -- ok no prob! sbb aku berpegang pada: merokok membahayakan kesihatan.
3. h1n1 test -- NEGATIVE !! ni yg aku suker...!!
.
masa nurse amik sample kat idong aku, punya lah sakit yang amat!!! dia cucuk cotton bud panjang... phtu tu dia jolok sampai ke dasar lubang idong aku lepas tu dia twist cotton bud tu.... meleleh2 air mata aku, sampai merah mata aku... giler sakit!! korek idong kat bwah tu jer pun kdg2 boleh sakit... -- relax jer nurse tu jolok lobang idong aku.. aku rasa aku pun nak jolooookkk jer lobang idong dia.. bio dia rasa apa yang aku rasa... huh! agaknya kalau aku jolok betul2, mesti dia kata: lobang idongmu tetap menjadi pujaan hati ku....!!! hehe...
.
so, disebabkan kejadian tu berlaku pd waktu malam, and GL pun tak der... so kan, kena lah bayo cash..... bill?? beratus2 lah jugak... 3 kali ratus...hehe... sorry lah yang... pakai duit awak dulu ek! nanti mama claims opis... bila dah dapat, mama buat2 luper lah nak transfer duit tu to your account eh??! bley? (jgn hereeeppp ek!!)
.
so, aku dpt MC the next day... and in antibiotics for 5 days!!
.
sekian
anak2 aku tak dapat lah mak tiri ek!! sbb aku idop lagi....
alhamdulillah.... aku dh toBAT!!
.

Thursday, July 30, 2009

... wishing you...

.
28 & 30 July 2009
3*th and 1yr
Tues & Thurs
2kgs chocolate moist cakes
we celebrate together
on one fine day
.
to ayah -- we wish you all the best of luck and healthy always! we will always loving you more and more as time goes by...
.
to lil' boy Aqeef -- may your life will full with laughter and joy!
.
A very happy birthday to both of you!
.
.