Thursday, April 16, 2009

course @ kursus

14-15 April 2009
:: secretarial skills ::
Learning objectives:
  • demonstrate a support worker role
  • apply good oral and written communication skills, interpersonal skills such as tact and diplomacy, and an understanding of the organisational structure and nature of the business
  • practices assertive behaviour with regards to managing pressure and conflicting demands, to have an understanding of group dynamics, be both co-operative and collborative, and be able to manage conflict and consensus
  • skills for problem solving (thinking-on-the feet)
I've attended this two-days course at HCDC. Overall: compact, comprehensive and informative and also very well presented. Even masa tu aku tengah demam/flu/cough (package youuu!). Ingatkan aku nak amik MC jer on the 2nd day tu... tapi terbayang2 plak nnti aku tak dapat course certificate, tapi yang aku dapat medical certificate! Finally, aku end-up the course with a big smile!!

Sunday, April 12, 2009

hati yang jengkel

::::

bila ditegur, tak nak terima. bila dimarah, menangis. bila dipanggil, diam. kenapa? mengada-ngada ke? malas ke? dah tak nak ambik tau lagi? dah pikir nak balik? dah puas? susah sangat ke nak buat? kenapa aku boleh buat, bukan lama sangat pun, setengah jam dah boleh siap semuanya. dari belakang sampai depan. yang nampak dan yang tak nampak. mudah jer aku buat...
tak merungut, aku suka, sbb aku puas hati dengan apa yang buat

letih? penat? yer ker? rasanya tido cukup. tido lena. tak der sapa yang kacau. kalau aku, yer laa... balik keje dah malam, sampai umah layan anak2, lepas tu, kena berjaga 3-4 kali sepanjang aku tido sbb nak kena jaga anak, kena bangun buat susu, bagi susu... sampai anak kenyang.
dia? ada bangun? ada berjaga?


ntah laa.. apa yang aku tau, hari ini hati aku agak jengkel!!!

::::

Saturday, April 11, 2009

toing! toing! queck! queck!

hehe.. i love to watch this video. jumping jumping! fast very fast!
fariezan... laju kan dia lompat? macam kangaru!




sang itik berenang2 ke tepian...

terkenang semasa dulu


gadis ayu dan manis ini pasti akan memikat hati sesiapa yang melihatnya. berbaju kebaya pendek, berkain ketat belah di depan, dihiasi anting-anting dan kalung di dada, rambut pula dilepas ke belakang bahu, menambahkan lagi keanggunan si pemiliknya. wajah berseri-seri seumpama menanti seseorang yang bertakhta di hati... sekali pandang, tak ubah seperti heroin filem arahan P.Ramlee. Milik siapakah gadis ini....?
wajah lembut bagaikan sutera....



jejaka tampan merenung tajam! wajah malu tersenyum sinis. senyuman menawan khas untuk si dia yang tersayang.... tataplah potret ku ini, bawalah daku pergi ke mana jua, kerna hanya potret ini pengganti diri ku, ingat daku dalam doamu...
wahai kekasih hati.

mak dan abah tersayang.. dizaman kegemilangan mereka.

banjir ooo... banjir


anak2 buah aku main banjir kat tepi rumah kat kampung
dah berpuluh tahun kampung aku tak banjir... ini kira sejarah tanahair ni... tak silap aku, last time banjir dulu, masa aku kecik2 belum sekolah kot....

rakit batang pisang... jeles lah pulak aku tengok derang main air banjir
tapi agaknya kalu aku yang naik rakit tu kan, mesti tenggelam terus!! hehe
issh... issh... issh.. ni kalau karam singh walia nampak kan, mesti dia kata:
berwaspadalah semasa banjir supaya bencana lain tidak mendatang ibarat "bermain air di gigi tebing, jangan sampai tercabut gigi palsu".

HANTU DiGi ??


ha.... nie lah dia hantu2nya... mmg hantu betul!!! kHInG!! masa ni time raya thun bila ntah, pakteh nyer trademark, tiap2 tahun mesti belikan baju untuk anak2 buah... so, kami pakat lah ramai2 pakai baju yang sama... selalunya untuk majlis bbq di malam hari raya ketiga, mmg havock!

ha.. nie pulak ntah apa ke hal?? carik line DiGi kot... pesal lak pulak melekat kat dinding ek??
pelik tapi benar.....
dalam banyak2 bontot tu kan, bontot sapa yang paling beso?? hahaha!!! yang belah KANAAAANN sekali tu kan?? ?? betul betul betul...!! ekekek!! bontot sapa tu ek??
jawab pak teh, jgn tak jawab!!


HoMe Chef


bila godek2 gambo lama2... terjumpa lah gambo nie.... anak2 bujang aku tengah main masak2 kat backyard. tapi aku dulu masa kat kampung kan, aku main masak2 real punyer...tak main lah action2 cam ni... aku masak nasik betul2 pakai kayu and tin milo. lepas tu khemah pun buat sendiri pakai daun kelapa sawit. being a kampung girl and compare to town girl, aku rasa banyak lagi pengalaman outdoor yang kampung girl dapat and pelajari. tapi tu lah, anak2 aku tak merasa apa yang aku rasa....

hehe.. masak apa tu?

waaa.. macam sedaaapp jer nampak...


serupa tapi tak sama

sama? yer ker? serupa? hmm.... yer ker?
hehehe...
kalau nak tau, yang sorang tu anak, yang sorang lagi tu mama dia
yang mana anak, yang mana mama dia?
tapi yang pasti, anak dia tu kan, lebih bijak dari mama dia
bijak dan cerdik kalau nak dibandingkan dengan mama dia yang agak kedunguan itu
muahahaha!!!

::::

rebonding, botak, litup



1. image aku berambut panjang ala2 artis rock terkemuka tanahair
2. ayah telah merubah wajah handsome ku ... tapi,
aku rasa aku tetap handsome..
huhu

3. aku tak pedulik, nak kata aku pondan ke, ustazah ke,
or anak dara bertudung lingkup ke....eh! litup daa...
aku punya suka laaaa.......!


kenapa aku telah dibotakkan?
# aku malas buat homework
# aku mengamuk baling telefon rumah and bakul baju sbb aku tak nak pegi sekolah
# aku tak dengar cakap mama dan ayah
# aku suka berangan and tengok TV

aku berjanji akan:
# rajin buat homework untuk UPSR thn depan
# jadi anak yang soleh
# jadi abang contoh pada adik-adik
# tak nak ponteng sekolah lagi

:: boleh cayer ker?? lu pikir la sendiri ::

fever @ demam

hah! baru jer citer pasal budak zaman sekarang ni kuat demam... betul pun!
one by one anak2 mama kena demam batuk selesema - package. mula2 abang, lepas tu hanis, lepas tu satu malam serentak berjangkit kat fariez and aqeef.... ingatkan malam tadi mama dh boleh tido lena... setelah a few nites mama berjaga malam sbb taking care abang and hanis. angan2 mama musnah apabila fariez tetiba panas badan... mula2 muka mencuka.. bila tanya kenapa, dia diam... lepas mama urut kaki fariez dua2 belah sbb jatuh tangga kat sekolah (dah lebam hitam and bengkak dah pun), suddenly fariez kata: "mama, ayiz demam". mama kata: "alaa... sikit jer lah!". lama2 dia buat muka monyok, bila mama pegang kepala fariez.. eh! panas la pulak!!! aiseh... tambah lagi sorang demam... huhu. so, as usual, bukak baju.. and then mama basahkan satu badan. lum habis lagi... dekat2 kul 1130 mlm camtu... aqeef merengek2... bila pegang kepala... ah! sudah!! aqeef pulak demam!! uwaaaaa!!!!!!!! semua empat2 anak aku demam! terus bawak aqeef pegi klinik jugak dekat rawang nun... klinik 24 jam. takut if anything happen. masa nilah baru terpikir betapa pentingnya kena ada temperature kat umah, so boleh tau berapa panas demam anak2 aku nih. kena beli satu nih!! mesti beli jugak... esok mesti beli jugak. aku tak kira.

aqeef kena masuk ubat bontot... balik umah, dia dah main2... agaknya kebah sekejap. lepas 2-3 jam badan dia panas balik... satu malam dia tak tido, asik merengek jer... sampailah ke waktu ini, dh tengahari... aqeef masih belum tido2 lagi.. bila nak tido, terkujat2... bahaya nih. so, bawaklah pegi klinik lagi.... hmmm....
dugaan.... cobaan.....
apa2 pun, mama berdoa, moga anak2 mama semua cepat sembuh dan boleh main dan belajar macam biasa.

sekian.
eh jap! if u want to know what fever is all about, pls click this link.
http://www.medicalnewstoday.com/articles/9895.php



::main air dlm kolam bio badan sejuk:: ubat sorang satu plastik::fariez kalu demam, mmg melepek!::



Thursday, April 9, 2009

...Santai...

Bagus sebenonya untuk bersantai di rumah sendiri bila ada waktu terluang.... habiskan masa bersama anak2 dengan suasana yang berbeza dan mood yang berbeza. Petang2 bila nak ujan kan, dengan angin sepoi2 language, dengan perot yg telah kekenyangan... baring2 kat belakang umah di bawah khemah yang opened air... sungguh membuatkan hati terasa damai.... terasa seperti berbaring di tepian pantai... hahaha... berangan lah puLOK!! apa2 pun, aku suka waktu2 begini..

masa ni tengah mendung, weekend 4th april 2009. tak lama lepas tu, hujan lebat pun turun. best betul bila time2 kat umah pahtu ujan lebat....

tapi kan, yang tak bestnya bila dah ujan, tak boleh la nak duduk bawah khemah tu... kelam kabut sumer masuk dlam umah sbb dah tempias... hehe... khemah pun basah lencun kat luar....



so, dah ujan kan, duduk diam2 jer la dalam umah.... tengok jer lah ujan tu kat tingkap.... tetiba aku tringat masa zaman aku kecik2 dulu.... waktu ujan adalah waktu yg dinanti2kan sbb boleh mandi ujan... jakun sbb kat kg tak der shower... so, air ujan tu ibarat shower lah... hehe... tapi anak2 zaman sekarang, kena gerimis sikit jer pun mak bapak dah melenting. eh!!! ujaAANNN!! nanti demaaaaammm!!! budak zaman skrg mmg antibodi tak kuat sbb tak lasak mcm zaman aku dulu2. sbb tu lah sikit2 sakit, sikit2 demam.... hmmmm....

Thursday, April 2, 2009

Am still here!

Am still here...! ada lagi, idop lagi, dan ceria seperti selalu... : D
Only time doesn't permit for me to update my blog. Ada banyak kisah yang nak aku tulis tp aku tak tau nak mulakan dari mana. So many things happened in this couple of months. Happy and sad... all came along.

:: 4th Feb 2009 ::
Mak warded due to her heart problem (again!)
So, aku and kak chik decided to balik kg sekejap visit mak kat hospital. Smpai kg balik umah mak dulu... then after that, pegi ramai2 ke hospital visit mak, since waktu melawat starts @ 5pm. Mak nampak ok.. tak la lemah sgt and boleh bercakap as usual. After isyak, kami bertolak balik KL.

(ada je org tu nak enterprem ek! huh!)

:: 15th Feb 2009 ::
A verry happy day to Kak Ngah and her husband, Fayadh. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar seperti yang diharapkan. Kak Ngah nampak happy. Tapi before ijabkabul tu kan, ya ampun!!! susah betol nak tengaok dia senyum... kalu tgk gambo sebelum nikah, muker dia... huh!! macam ayam berak kapur pun ada. Tapi kan, dah lepas sah jadi suami isteri tu kan, takyah suruh senyum.... sampai ke telinga dia ternganga senyum! Almaklumlah, apa yang dihajatkan, dh pun terlaksana. Malam after event day tu, kami ramai2 menyaksikan 'pembukaan' hadiah dari tetamu dan yang paling ditunggu2 hadiah dari makcik pakcik yang gila2 remaja semuanya... jeng jeng jeng..... happy time, full of laugh, and.... here the pics!

Before diijabkabulkan
After sah diijabkabulkan


Hadiah yg dinantikan oleh semua khas dari maksu. heheh...

:: 25 March 2009 ::
Mak warded again!! Baru je lebih kurang sebulan last month mak warded. Ni, masuk ward lagi. Mak Su cakap, mak tak nak pegi, tapi derang paksa jugak. Ya! it's good for her to rest in bed in the hospital. And again, aku and kak cik car pool balik kg petang visit mak kat hospital. Tapi kali ni, kami tak singgah kampung. Terus ke hospital. She looked so weak! Nak cakap pun mengah2. Kami tak banyak cakap sbb takut nnti mak sibuk nak bercerita jugak. Lepas dah lapkan mak (sbb kat hospital tu panas berkuap!!), kami paksa mak makan. Abah cakap mak tak makan2 dari pagi tadi. Minum air jer sikit2. Kami tinggal mak dan serahkan pada family di kg. After maghrib... tolak balik KL. Singgah kat hotel air keroh sekejap, solat, mandi and rehat. Kak Cik sempat urut ibu jari kaki aku (refleksologi) sbb aku migrain dari tghr tadi... dh telan ubat tp tak jalan. Dah muntah2 pun banyak kali... badan pun dh letih!! Dipendekkan citer, aku smpai umah around 1230am, anak2 sumer dah lena tidor..... tak jumpa anak2 aku lagi.... kesian derang : (