Friday, December 2, 2011

teringin nak active balik

yes! insya Allah aku akan reactivate this blog untuk kenangan diri aku sendiri.

Thursday, June 23, 2011

grrr!! banyaknya sawang!!

sawang! sawang sana sini!! setengah tahun tinggal blog, dh jd mcm blog tinggal jer rasanya.
tak sempat la. internet plak salu 'down'. xder masa nak update. lgpun dh lupa apa benda yg dilalui selama setengah tahun ni. banyak rasanya. nak kena retrieve balik or start yg baru jer. tengoklah. kalau ada mood. bergantung padanya.
.
baru hari ni nak jengah balik blog aku ni. kenapa tak dari 2 minggu lepas je. sbb 2 minggu aku free. boss tak der. tp boss dah balik esok. boring+bosan=B kuasa dua.
.
sekian dahulu pembuka bicara. mencari mood ....

.
***

Wednesday, November 24, 2010

alahai bibik!

bibik oh bibik!
ada susah tak ada pun susah
(kalau ada tak berapa susah la sebenonya)
.
bila ada kena pikir tiap2 tahun:
- permit
- medical
- cuti
- gaji ... bla.. bla...
.
bila tak ada:
- sapa nk buat keje2 umah
- sapa nk urus anak2 pegi balik sekolah
- nursery? hantar awal pagi, jemput lewat ptg or dah malam. Ah! letihnya...!
- dan mcm2 lg...
.
bibik oh bibik!
dulu dah 3 tahun, sekarang pun dah 3 tahun. campurkan dah 6 tahun dah bibik oh bibik!
lama banget dengan bibik. udah serasi ku rasakan. udah percaya, udah nggak bingung lagi kalau bibik ada di sini. kepala juga nggak sering pusing. eh! silap bahasa plak. am sorryy...!
.
tapi bibik... alaaa... susah la bibik ooii!!! nak kena buat surat rayuan ke bibik? nak kena naik kan gaji lagi ke bibik? nak kena bagi cuti seminggu sekali ke bibik? - baru bibik boleh sambung permit lagi? jgn mcm tu. tolonglah. nanti org kata saya ni the best majikan in the world. tak adil lah mcm tu.
.
hmmm... camner plak ngn bibik laen? argghh!! mana nak cekau duet? mana nk carik yg serupa? kalau lah boleh print duet black & white tiap2 hari kan, alangkah...! - speechless.
.
kesian pulak kat si debab kalau bibik tak ada. nnti mesti dah tak debab lagi. kalau skrg mak usu panggil dia dibO, nnti mesti jd bidO plak - dh terbalik. hehe.. kelakar lah pulak.
.
ala malas lah nak pikir lg dn lg. nnti balik bisa ku pujuk lagi... yer bibik!
.
hmmm.... bibik oh bibik!
.
.
Nota dr bibik: kpd majikan2 semua... usah khuatir yaa... kalau nggak ada bibik lg, nnti semua kan bisa di urusin sendirian. tuu.. minta tolong sama suaminya kan bisa jugaaa.. aduh!! jgn sedih ya buk!! daaa...
.
Nota dr majikan: hampeh ko bik! aku dh susah payah hambik ko dtg keje kt sini, mkn sedap2, keje lebih kurang pn xper, duet aku dh bnyk habis kat ko, senang2 jer tetiba ko nk balik yer bik!
hmm... yer laa.... sukati la ... takkan aku nk tahan pulak kan. apa2 jer la bik! asalkan ko bahagia. pahtu aku pulak yg merana. huh!
.

Monday, November 15, 2010

alhamdulillah

alhamdulillah... abang dapat 4A1B in UPSR. Walaupun tak mencapai target, tapi dia dah cuba sedaya upaya. itulah hasilnya. tahniah dari kami.
.
satu jer bang... mama tak sure la nak masukkan abang ke sekolah asrama (wpn confirm tak dapat ke sek asrama penuh) - tp abg nak jugak msuk asrama - biasa pun tak apa. ala.. mama yg susah hati nnti jauh2 pulak ngn abg. dah la abg orang 'harapan' mama kat umah kalau ada apa2.
.
bila aku tanya mak2 orang kat opis nih... ada yg suruh pg asrama (kalau dapat laaa)...tp ada jugak yg kata: alaa.. tak yah la tie... budak tu kecik lagi... masa ni lah kita nak guide dia, membesar depan mata. anything happen... kita ada...
.
mak yg anak bersekolah asrama kata: terpulang pada anak you... kalau dia suka and dia nak, u go on.. hantar jer.. but! u kena stand-by selalu... nnti tiba2 anak u kol nak ini, nak itu.. and make sure sekolah tu dekat dgn tmpat tinggal u... sbb nnti senang nak ke sana sini. tp bagusnya hantar anak ke asrama ni, nnti anak u jd independent, brtanggungjwb and cepat mature. tu yg i nmpak dulu... - itulah butir2 katanya yg aku ingat.
.
aku? mulot kata: OK no problem - this is for your own good. kena start from now. T.A.P.I hati kata: tak payah la bang... sekolah kat sini jer laa.. dekat ngn umah, so senanglah nnti, lgpun mama & ayah boleh pantau abg 24hrs (mcm sekarang nih - hehe). nnti mama tak lah risau sgt. lgpun adik2 nak kena abg pantau jugak.. sbb nnti kalau dorang nak tanya apa2 - sains ke... matematik ker... - sapa yg tunjuk ajar? mama? hehehe.. surrender laa.. sikit2 boleh. ayah? hmm.. ayah rajin tak ada kat umah (org busy la katakan). hmmm.... abang, sebenonya kan bang, mama takut nnti mama rindu kat abang... hehehe. sbb abg rajin borak ngn mama, abg tau pasal umah, abg tau pasal teknikal2 kat umah, abg boleh jawab soalan mama kalau mama blur tgk movie, abg .... abg boleh mama harap kalau ayah tak ada kat umah.
.
so? darah mama naik lagi... dan lagi... lagi lagi naik... argghh!!
.
sbb mama asyik pikir benda2 mcm ni.
.
conclusionnya: mama dah isi semua form2 yg berkenaan... KRK, SMKA, SMA, KAA.
insyaAllah, kalau ada rezeki abg... dapatlah ... kalau tak, sekolah jer lah kat mana2 pun. yang penting adalah kejayaan abg, dan anak2 mama yg lain. sama jugak! kang kata pilih kasih pulak... mana ada! sama jer...
.
:: tawakal ::
.

Monday, November 8, 2010

birthdya wish to abang

8 november 2010
happy birthday to Muhammad Fauzan Farique
.
all the best dan moga jadi anak yang berjaya dengan cemerlang
jadi anak yang soleh
jadi anak yang boleh membanggakan semua orang
.
selamat menyambut ulangtahun ke-12
.
(dah bujang dah anak mama! hehe)
.

Tuesday, November 2, 2010

rela dalam terpaksa

##
.
tanggal 1 november 2010 - ku lepaskan kau pergi. kenangan sepanjang hayat. sedih dan pilu. tangis dlm hati. kini tidak bertuan. sendirian!
.
realitinya - pemergian abadi!
.
berat hati tapi daya tiada. nasib tidak menyebelahi.
.
aku jadikan ini sbg satu dugaan dan ujian dari Allah. Moga ada sinar bahagia suatu hari nnti.
untuk anak2 tersayang, sabar dan bersabarlah...
.
##

Friday, October 15, 2010

Tazkirah jumaat

Kekadang Allah menyempitkan
Supaya kita tak hanyut dalam kesenangan
Kekadang Dia melapangkan
Supaya kita tak selalu dipagut kesempitan
Kekadang Dia melepaskan kita dari kedua-duanya
Supaya tidak bergantung kepada sesuatu selain-Nya!
Jazakumullah Khairan Katsiran Wassallam

Tuesday, August 3, 2010

Dugaan-Mu

di sebalik dugaan ALLAH...ada hikmah terselindung..

KENAPA AKU DIUJI??
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman,"sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta." (Surah Al-Ankabut ayat 2-3)
.
KENAPA AKU x DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu,padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Surah Al-Baqarah ayat 216)

KENAPA UJIAN SEBERAT INI??
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. " (Surah Al-Baqarah ayat 286) RASA FRUST??"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yg beriman." (Surah Al-Imran ayat 139)
.
BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA??
"Wahai orang-orang yang beriman!Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) ,dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, dimedan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan). " (Surah Al-Imran ayat 200)
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepadaorang-orang yang khusyuk"
(Surah Al-Baqarah ayat 45)
.
APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI??
"Sesungguhnya Allah telah membeli drpd org2 mu'min,diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka...
(Surah At-Taubah ayat 111)
.
KEPADA SIAPA AKU BERHARAP??
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya.Hanya kepadaNya aku bertawakkal. "
(Surah At-Taubah ayat 129)
.
AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!
"...dan jgnlah kamu berputus asa drp rahmat Allah.Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah"

Wednesday, June 9, 2010

Telatah Si Kecil - Amalia

Kalau dah si kecil nie berceloteh......

Saturday, May 22, 2010

Petua Rumahtangga Bahagia

Petua Rumahtangga Bahagia

Oleh: Ustaz Asmungi Sidek

1- Sering melakukan kegiatan bersama-sama seperti makan bersama, keluar berjalan berdua-duaan, beriadah dan mandi bersama.

2- Galakkan isteri tidur di atas lengan suami. Isteri yang penyayang akan berada di belakang bahu sebelah kanan suami ketika berjalan.

3- Jaga agar mulut dan badan tidak berbau agar suami sentiasa mahu berseronok dengan isteri.

4- Isteri yang hangat dan romantis sentiasa mengharapkan suaminya berada di rumah bersama-samanya.

5- Tukar gaya penampilan setelah beberapa ketika untuk mengelakkan jemu kepada pasangan.

6- Kreatif mencipta suasana yang harmoni dan tenang dalam rumah tangga.

7- Sekiranya ada pergaduhan atau pertengkaran, cuba ingat kembali kenangan manis semasa bercinta dan berbulan madu.

8-Kenangkan jasa dan susah payah isteri mengandung dan melahirkan anak.

9- Sekiranya berlaku penceraian (bagi pasangan Islam untuk talak satu dan dua saja) jangan mudah menghalau isteri keluar dari rumah sebelum habis edah kerana mungkin suami isteri berminat untuk bersatu kembali (rujuk).

10- Suami kena lebih mesra dengan keluarga mentua kerana sekiranya rumah tangga menghadapi masalah, ibu bapa mentua boleh membantu dari segi nasihat.

11- Suami jangan tumpu perhatian yang berlebihan kepada dunia luar berbanding keluarga sendiri.

12- Isteri jangan lebih banyak masa menyibukkan diri dengan dunia luar, seperti aktif dengan kegiatan persatuan, berpolitik atau terbabit dengan jualan langsung.

13- Sentiasa berlembut dari segi percakapan, layanan kepada pasangan dan pergaulan sesama ahli keluarga.

14- Isteri perlu berhias lebih kepada suaminya berbanding apabila keluar rumah.

15- Menjawab setiap pertanyaan suami dengan lembut.

16- Pasangan tua, terutama isteri jangan terlalu rapat dengan cucu, tidur dengan cucu dan tinggalkan suami tidur sendirian.

17- Sekiranya ada masalah, bawalah berbincang. Jangan bertengkar dan masing-masing menegakkan pendapat sendiri.

18- Fahami dan hayati sifat pasangan dan anak-anak. Suami disifatkan seperti matahari sentiasa panas, isteri bulan; cantik, lembut dan indah dipandang, manakala anak-anak pula umpama bintang iaitu sifatnya sebagai penghibur dalam rumah tangga.

19- Suami isteri perlu mengekalkan sifat romantis dan sentiasa berhati muda walaupun masing-masing sudah berusia.

20- Anak-anak jangan dipaksa mengikut telunjuk dan kehendak ibu bapa tetapi beri mereka pilihan yang sesuai tetapi sentiasa awasi mereka.

21- Ketua rumah tangga yang bijak sentiasa ada perancangan jangka panjang untuk ahli keluarganya. Sama ada dari segi kewangan, pelajaran dan tempat percutian.

22- Keluarga Islam, pastikan sekurang-kurangnya dua waktu sembahyang berjemaah bersama-sama ahli keluarga – merapatkan hubungan dan kemesraan.

23- Jangan beri ahli keluarga makanan yang tidak halal atau diragui kehalalannya kerana bermula dari makanan membentuk air mani dan melahirkan generasi seterusnya.


Contoh rumahtangga bahagia
(sekadar gambar hiasan)

Jalan berpegangan tangan

Meluangkan waktu makan bersama di luar


Tuesday, May 18, 2010

layan gambo2 plak...

yg pakai baju putih ni nak tolong bako ker nak tolong makan jer...
erk! ada jugak yg terlentok tu nak interprem...
hehe.. aku rasa yg bertungkus lumus membako ni cuma sorang jer...

playing games...!!! kerusi beracun. mmg banyak tul racun2 kat kusi2 tu...
bont*** erk tuuuttt.... sapa besooo.. dia lah yang menang..... ikikikik!!
(tidak wajib memakai pakaian sukan - baju kelawor dibenarkan -
utk mereka yg berumur 40thn ke atas sahaja)


tiup belon plak!! adeh! ha tengok2.. yang belon biru tu kan, yang kanan sekali tu kan, peniup belon tu ada asmathic tau... sapa sangka, dia nyer belon lagi beso dari yang lain2... nasib baik tak kena wat CPR...
hah! hambik! ngeh.. ngeh..!! kHIng!!

naper?? tak pecayer?? dengan kulit2 oren ni sekali aku boleh NGAP tauuu!!
kuat la puLOK!!

macam biasa la... ayah pin lalu kat atas langit tuu... bawak sepanduk PEACE NO WAR! ekekekek!!


layan lagu2 winter sonata

listening to winter sonata songs... teringat plak masa kat korea dulu kat pulau jeju... tapi masa tu spring time... aku naik basikal duduk belakang dengan pelakon fofular korea - bae yong ju...

tengah layan kayuh beskal, tetiba aku jatuh terjelepuk atas daun2 yang gugur, adedeh!!! habis bersepah daun2 tu keliling pusing.... hmmm... nasib baik abang bae yong ju ada...

hehe... jangan nak perasan laa.... mamat tu pun tak hingin nak masuk belakon dlm mimpi aku... ekekek!! tapi ber angan angan tak salah kan...

udah2 ler tu melayan perasaan... malam2 camni tak tau nak borak ngn sapa, salu ngn husband, pot pet pot pet... smpai pukul 1-2 pagi pun boleh. ni, dah kejung rahang bila malam... bukan kejung sbb tak bercakap, tapi kejung sbb terjerit2 marah kat anak2 yg susah nak dengo kata mama dia.

nasib la badann...

Thursday, May 13, 2010

Mencari selebriti yang 'hilang'

kami amat2 merindui selebriti ini.... rumah kami terasa sunyi bila dia tiada. rasa kosong!
tak ceria tanpa suara gelak ketawa...
kehadirannya sentiasa buat kami resah gelisah. gembira? duka? suka? semua ada.

pulang lah .... kami benar2 mahu dia sentiasa berada di sisi.

we miss you so much!!!

kepada sesiapa yang menjumpai lelaki ini, harap dapat memberitahu tuan punya blog ini.


(hehehe.... jangan marah ye yang!! nanti kena jual!)


Peraduan Padan dan Menang

PERADUAN PADAN DAN MENANG

gambar 01


gambar 02


Soalan:
Yang mana satukah orang yang sama terdapat pada kedua2 gambar?

hehe.... knaper? tak percayer ker??


Wednesday, May 12, 2010

kasih seorang abang


cuba teka sapa dia yg tertidur tu?
sekali pandang maaaacam aqeef....
dua kali pandang...??

hehe... lu pikir la sendiri....!!




Sunday, May 2, 2010

hari sukan SKBTP


tarikh kejadian: 18 April 2010
venue: SKBTP

sekarang tiap2 rumah sukan ada tema nya yang tersendiri... bila berarak mengelilingi padang sekolah, masing2 berkawad penuh gaya .... hmmm... mcm2 dah sekarang. meriah la jugak. anak aku? si abang seminggu berlatih, dia kata rumah pasukan dia temanya hutan rimba. macam2 binatang ada nanti... best mama! abang tak sabo dah. si farieznya plak, hari2 remind aku suruh datang sekolah tengok dia main hoki. apa??!! main hoki?? biar betul budak nih... boleh ke dia main hoki?? mcm tak pecaye pun ada. aku pun mula la berimagine itu ini... terbayang2 dia main hoki satu padang sekolah, gelecek bola masuk gol. hehe...

meh layan gambo plak... bahan bukti...

Ni dia pasukan merah dengan tema: hutan rimba. nampak tak binatang2 haiwan2 satu kumpulan tu? hehe.. macam2 adaaa.... mana plak si abang nih yang havock berlatih smpai seminggu direct, sampai nak kena bali t-shrit baru.... di mana sih??


HAA.. ada pun!! tu lar dia nya... yang pegang sepanduk kt tengah2 tu....
tukang bwak sepanduk jer rupa2nya....
cerita bukan main havock lagi.... yo yo jer laa...
jadi la bang.... kira org penting jugak tu kan. huhu...

eh fariez! kata main hoki... kenapa kena beratur plak ni? phtu, ada pulak budak2 pompuan...
main hoki laki lawan pompuan kot nih??

lar... ini ke hoki nya?? pesal ada bola sepak plak tu. hehehe!!
hoki pun hoookkiiii laaa.... janji pegang kayu hoki ek!!
(nasib baik dapat group dia dapat juara - tahniah!)

RUMAH PASUKAN - ACARA PERARAKAN


hmmm... budak2... macam tu laa.. bila cerita masing2 teruja, mak bapaknya yang terkesima di akhir cerita. apa2 pun... seronok la jugak tengok gelagat kanak2 sekolah ni...





Saturday, May 1, 2010

jalan-jalan part 02....


aqeef... tengok atas tuu... ayah pin laarr... jadik superman la plak dah!

bila aku terbaring di bawah pohon ru... teringat masa kat itm dulu,
keliling umah penuh ngn pokok ru.

pagi2 lagi orang ramai dah amik port nak picnic and bermalam...
meriah sungguh kalau malam! berderet khemah tepi pantai.

hanya dibenarkan main pasir jer...
seluar sapa yang basah nnti tak dapat mandi sungai....

aqeef dh basah dulu!!! tak sempat apa pn dia dah meluru ke dalam air.
geram tul ngn budak nih!

bila weekend teman ayah pegi keje kat bagan lalang, jadik aktiviti riadah pulak, macam2 hal boleh jadik... ikutkan hati malas betul nak ke sana sbb jauh, lepas tu nnti aqeef si debab tu mesti susah nak control karenah dia. And macam biasa... abang la jadik mangsa untuk taking care of him - nak upah 5 hengget kan?? hehehe... ok la tuu... berbaloi2... ramai jugak yang mandi manda kat situ w/pn pada aku air kat situ tak seswai untuk mandi... so, anak2 aku mmg aku tak kasik mandi... main pasir jer...

aktiviti seterusnya.... mandi sungai kat sungai gabai kat ulu langat.... air nya sejuk!! sbb masa tu dh petang pun. sekadar memenuhi kehendak anak2 yang teringin nak mandi sungai... selalunya mandi kat umah jer... tak pun kat swimming pool.... so, bila bawak pegi sungai ni, derang agak jakun sikit... first time maaa... layannn...


bila dah berendam... perut berkeroncong la plak minta diberi makan. so, dh alang2 kat ulu langat tu, kami pun pegi ke satu tempat yg agak berlainan dari restoran2 biasa yg kami pegi. terkejut lah jugak, sbb last pegi lebih kurang 5 tahun yg lepas... masa tu tempat ni tak banyak chalet.... restoran dia pun kecik jer... tapi sekarang, wallah!!! syabbas bete, syabbass!!! mcm ni la baru bisnes berkembang maju!! baru best...!! dh makin eksklusif, cantek menarik tertarik kau mmg d'bom! hehe... kami pulun maryland chicken chop - penuh sepinggan tapi harga cuma RM10 jer!! tomyam thai dia mmg pekat! melekat! mmg berbaloi baloi ..!! smpai tak habis makan - tapau bawak balik umah. nak pegi lagi.... nak makan kat situ lagi.... nak duduk kat chalet dia lagi.... insya Allah... ada duet sumua boleh bikin....

naper?? teringin ker?? hehe...



Wednesday, March 31, 2010

jalan2

.
27 march 2010 sabtu dan 28 march 2010 ahad- petang bertolak ke serdang menuju ke umah sister in law, solat maghrib pahtu terus ke dengkil attended open house umah anak jiran kampung belakang umah. first time pg umah dia.... sedap2 food. melantak la apa lagi... dh makanan depan mata - uh! habis la diet aku (konon!!). malu punyer pasal nak tambah lagi dan lagi... hehehe... as usual suh anak amik lebih la... nnti bila derang tak habis, boleh la aku salahkan derang.... tak baik makan tak habis... membazir namanya tuu... meh sini, bagi mama makan. tak baeeekkk... kena ingat tu... membazir amalan syaithooonn...
.
lepas dah kenyang, cabut la... plan asal terpaksa jugak direalitikan. ke mana? ke bagan lalang - tringin nak makan ikan bako kat sana and tengok site laki aku sekali (sepang gold coast). meriah sungguh seeehhh!!! berderet khemah kat bawah pokok... situ bersih... nyaman.... and yang berkhemah ramai yg berfamily la.. bukan couple2 sumbangsih. derang buat bbq grille... anak2 kecik main kejar2... ada satu group cina tu derang bakar macam tanglung phtu tanglung tu naik ke atas udara.... derang tulis dulu kat kertas tanglung tuu... wishing something la tu kot agaknya.... rasa release tension plak tengok, macam obor2 laut pun ada (ye ker?). camera kat dlm keter la plak... kolo tak, boleh aku snap dengan teknik pencahayaan.... dah puas bermandikan cahaya bulan terang di dataran pantai... kami meronda2 plak naik keter... menyusuri tepian pantai (tp kat atas jln raya laaa) hehe... bau ikan bakar menusuk kalbu terus menyucuk2 urat saraf perut ku.... lalu otak pun berkata: jom la makan ikan bako... jom laa... hhhmmm.... rugi2 kalau tak rasa....
.
so jadik therefore hence - menyinggah la ke satu kedai makan ni.... "ikan bakar wak lan". pilih sikit dan murah jer... sbb tgk list harga kat tepi bakul2 ikan tu.. pergh boleh tahan la jugak harga nya... at last aku amik pari 4 ketul, cencaru sekor, ketam besor sekor, udang 6-7 ekor, sotong 3-4 ekor.... + nasik 3 pinggan + air oren satu jug. so, melantak la lg.... takhal baru jer lepas makan open house sebelum tuu... mmg tak hengat memasing!! hehehe... alaa... dtg situ bukan selalu pun. tu pun sbb laki aku keje situ... kolo tak, tak ntah bila nak smpai ke situ. kwan2 aku kata, dulu tmpat tu tak macam tuu... tak ramai yg tau.. tak popular pun... oooo... ye ker?
dah habis makan, anak kecik aku pun dh start ngamuk nk tido.... so kami pun balik laa.. nak duduk chalet, sumer dh penuh. nasib la badan.
.
tido terus kat umah adik ipor aku sbb jam dh kul 2am... tak larat dh nak balik umah - masih jauh lagi perjalanan. z.z.z.z.z.....
.
bangun pagi lepas solat, lepak2... bekfast - adik ipor aku ajak plak mandi kolam atas sbb menunaikan permintaan fariezan afeef anak aku.... adeh laa... aku ingat nak balik... hmm... ada lagi agenda la plak... shortcut: mandi kat swimming pool palace of golden horses, aku tak mandi - baring atas kusi malas tuu... bawah pokok kelapa... redup sejuk and best!!! budak2 mandi pn tak panas sbb dikelilingi pokok2 dan lanskap yg sedap mata memandang. dh puas mandi - singgah lagi umah adik ipor aku, makan nasik plak ph tu terus balik umah.... smpai umah sumer terus tidooo.. sbb penat!
.
hehe.. aku dh tak larat nk taip lagi. esok2 lah smbung. sekian.
.

Thursday, March 25, 2010

what happen now...



bila dah jauh ngn husband ni kan, badan cepat letih sbb aku kena drive pegi balik keje. kalau nasib baik, tak jam laa.. nasib tak baik, senggugut la tengah jalan. bila dh lebih 5 kali lmbat even seminit pun, awal bulan depannya... hehe.. dapat la 'love letter' dari member sebelah aku selaku cikgu disiplin kedatangan pelajar. hehe... aku pedulik apa! sbb... cikgu disiplin tu pun kdg2 lebih banyak lambat dari aku... so, duk diam2 jer ek!!
.
haa... dh lari tajuk plk. aku skrg kena jadik mama dan ayah kat umah. beras habis aku kena pg beli, barang2 basah dapur habis, aku kena pegi NSK (heret la troli sorang2 ek), susu pampers habis aku kena pg tesco/mydin ngn kedai sinseh (susu murah sket kt kedai sinseh nih), lagi?? hantar anak tuition, lg? mcm2 lagi lah... semua2 aku kena buat sendirian berhad - no accompanying officer and no director - aku lah head of delegation nya! dah tak yah pakai liason officer lagi... dah jauh dah aku nyer LO tu.... cian aku.
.
balik umah mandi2 - solat - makan - tonton tv kejap - layan anak buat homework - dh siap buat homework - layan yg si kecik plak.... yg ni mmg buat aku geram sbb susah beno dia nak tido, boleh berjaga smpai kul 1am pun kdg2. tu pun aku dh matikan diri buat2 tido lah kononnya. kalau tak, mau smpai ke pagi si kecik tu ajak main. mana la tak migrain datang menyerang selalu. hmmm.... nak wat camner...anak2... layaaannn....
.
mata dh menguap, mulot nak terlena.... maknenya? t i d o ..... gud nite semua rakyat jelata beta. beta ingin pergi beradu dahulu.
.

Wednesday, March 24, 2010

dot dot dot...

.
first thing of all ... STAY CURIOUS!!
.
tapi apa yang aku tau.... mmg sakit hati aku bila baca. sakit yg tak dapat aku lupakan! pandai bg nasihat kat orang, kata2 berbunga bahasa smpaikan simpulan bahasa pun bersimpul2, ayat2 yg menjerumus kpd lembah gila bayang, jujur yg bertopengkan penipuan!!! dan banyak lagi yg aku nak cakap tapi aku tak tau nak cakap mcmana - sbb kalau aku ckp banyak lagi dan lagi... nnti sakit ati aku berjangkit pulak kat jantung ngn buah pinggang ngn usus perut dan kawasan2 yg sewaktu dengannya.
.
hari ni mood aku yg agak2 kekelabuan dan kebiru-biruan air laut telah membuatkan gelombang graph yg sepatutnya flat telah menjadi turun naik tak keruan.
.
takkan aku berdiam diri.....
.
HUH!!!!
.