Friday, December 2, 2011

teringin nak active balik

yes! insya Allah aku akan reactivate this blog untuk kenangan diri aku sendiri.

Thursday, June 23, 2011

grrr!! banyaknya sawang!!

sawang! sawang sana sini!! setengah tahun tinggal blog, dh jd mcm blog tinggal jer rasanya.
tak sempat la. internet plak salu 'down'. xder masa nak update. lgpun dh lupa apa benda yg dilalui selama setengah tahun ni. banyak rasanya. nak kena retrieve balik or start yg baru jer. tengoklah. kalau ada mood. bergantung padanya.
.
baru hari ni nak jengah balik blog aku ni. kenapa tak dari 2 minggu lepas je. sbb 2 minggu aku free. boss tak der. tp boss dah balik esok. boring+bosan=B kuasa dua.
.
sekian dahulu pembuka bicara. mencari mood ....

.
***

Wednesday, November 24, 2010

alahai bibik!

bibik oh bibik!
ada susah tak ada pun susah
(kalau ada tak berapa susah la sebenonya)
.
bila ada kena pikir tiap2 tahun:
- permit
- medical
- cuti
- gaji ... bla.. bla...
.
bila tak ada:
- sapa nk buat keje2 umah
- sapa nk urus anak2 pegi balik sekolah
- nursery? hantar awal pagi, jemput lewat ptg or dah malam. Ah! letihnya...!
- dan mcm2 lg...
.
bibik oh bibik!
dulu dah 3 tahun, sekarang pun dah 3 tahun. campurkan dah 6 tahun dah bibik oh bibik!
lama banget dengan bibik. udah serasi ku rasakan. udah percaya, udah nggak bingung lagi kalau bibik ada di sini. kepala juga nggak sering pusing. eh! silap bahasa plak. am sorryy...!
.
tapi bibik... alaaa... susah la bibik ooii!!! nak kena buat surat rayuan ke bibik? nak kena naik kan gaji lagi ke bibik? nak kena bagi cuti seminggu sekali ke bibik? - baru bibik boleh sambung permit lagi? jgn mcm tu. tolonglah. nanti org kata saya ni the best majikan in the world. tak adil lah mcm tu.
.
hmmm... camner plak ngn bibik laen? argghh!! mana nak cekau duet? mana nk carik yg serupa? kalau lah boleh print duet black & white tiap2 hari kan, alangkah...! - speechless.
.
kesian pulak kat si debab kalau bibik tak ada. nnti mesti dah tak debab lagi. kalau skrg mak usu panggil dia dibO, nnti mesti jd bidO plak - dh terbalik. hehe.. kelakar lah pulak.
.
ala malas lah nak pikir lg dn lg. nnti balik bisa ku pujuk lagi... yer bibik!
.
hmmm.... bibik oh bibik!
.
.
Nota dr bibik: kpd majikan2 semua... usah khuatir yaa... kalau nggak ada bibik lg, nnti semua kan bisa di urusin sendirian. tuu.. minta tolong sama suaminya kan bisa jugaaa.. aduh!! jgn sedih ya buk!! daaa...
.
Nota dr majikan: hampeh ko bik! aku dh susah payah hambik ko dtg keje kt sini, mkn sedap2, keje lebih kurang pn xper, duet aku dh bnyk habis kat ko, senang2 jer tetiba ko nk balik yer bik!
hmm... yer laa.... sukati la ... takkan aku nk tahan pulak kan. apa2 jer la bik! asalkan ko bahagia. pahtu aku pulak yg merana. huh!
.

Monday, November 15, 2010

alhamdulillah

alhamdulillah... abang dapat 4A1B in UPSR. Walaupun tak mencapai target, tapi dia dah cuba sedaya upaya. itulah hasilnya. tahniah dari kami.
.
satu jer bang... mama tak sure la nak masukkan abang ke sekolah asrama (wpn confirm tak dapat ke sek asrama penuh) - tp abg nak jugak msuk asrama - biasa pun tak apa. ala.. mama yg susah hati nnti jauh2 pulak ngn abg. dah la abg orang 'harapan' mama kat umah kalau ada apa2.
.
bila aku tanya mak2 orang kat opis nih... ada yg suruh pg asrama (kalau dapat laaa)...tp ada jugak yg kata: alaa.. tak yah la tie... budak tu kecik lagi... masa ni lah kita nak guide dia, membesar depan mata. anything happen... kita ada...
.
mak yg anak bersekolah asrama kata: terpulang pada anak you... kalau dia suka and dia nak, u go on.. hantar jer.. but! u kena stand-by selalu... nnti tiba2 anak u kol nak ini, nak itu.. and make sure sekolah tu dekat dgn tmpat tinggal u... sbb nnti senang nak ke sana sini. tp bagusnya hantar anak ke asrama ni, nnti anak u jd independent, brtanggungjwb and cepat mature. tu yg i nmpak dulu... - itulah butir2 katanya yg aku ingat.
.
aku? mulot kata: OK no problem - this is for your own good. kena start from now. T.A.P.I hati kata: tak payah la bang... sekolah kat sini jer laa.. dekat ngn umah, so senanglah nnti, lgpun mama & ayah boleh pantau abg 24hrs (mcm sekarang nih - hehe). nnti mama tak lah risau sgt. lgpun adik2 nak kena abg pantau jugak.. sbb nnti kalau dorang nak tanya apa2 - sains ke... matematik ker... - sapa yg tunjuk ajar? mama? hehehe.. surrender laa.. sikit2 boleh. ayah? hmm.. ayah rajin tak ada kat umah (org busy la katakan). hmmm.... abang, sebenonya kan bang, mama takut nnti mama rindu kat abang... hehehe. sbb abg rajin borak ngn mama, abg tau pasal umah, abg tau pasal teknikal2 kat umah, abg boleh jawab soalan mama kalau mama blur tgk movie, abg .... abg boleh mama harap kalau ayah tak ada kat umah.
.
so? darah mama naik lagi... dan lagi... lagi lagi naik... argghh!!
.
sbb mama asyik pikir benda2 mcm ni.
.
conclusionnya: mama dah isi semua form2 yg berkenaan... KRK, SMKA, SMA, KAA.
insyaAllah, kalau ada rezeki abg... dapatlah ... kalau tak, sekolah jer lah kat mana2 pun. yang penting adalah kejayaan abg, dan anak2 mama yg lain. sama jugak! kang kata pilih kasih pulak... mana ada! sama jer...
.
:: tawakal ::
.

Monday, November 8, 2010

birthdya wish to abang

8 november 2010
happy birthday to Muhammad Fauzan Farique
.
all the best dan moga jadi anak yang berjaya dengan cemerlang
jadi anak yang soleh
jadi anak yang boleh membanggakan semua orang
.
selamat menyambut ulangtahun ke-12
.
(dah bujang dah anak mama! hehe)
.

Tuesday, November 2, 2010

rela dalam terpaksa

##
.
tanggal 1 november 2010 - ku lepaskan kau pergi. kenangan sepanjang hayat. sedih dan pilu. tangis dlm hati. kini tidak bertuan. sendirian!
.
realitinya - pemergian abadi!
.
berat hati tapi daya tiada. nasib tidak menyebelahi.
.
aku jadikan ini sbg satu dugaan dan ujian dari Allah. Moga ada sinar bahagia suatu hari nnti.
untuk anak2 tersayang, sabar dan bersabarlah...
.
##

Friday, October 15, 2010

Tazkirah jumaat

Kekadang Allah menyempitkan
Supaya kita tak hanyut dalam kesenangan
Kekadang Dia melapangkan
Supaya kita tak selalu dipagut kesempitan
Kekadang Dia melepaskan kita dari kedua-duanya
Supaya tidak bergantung kepada sesuatu selain-Nya!
Jazakumullah Khairan Katsiran Wassallam

Tuesday, August 3, 2010

Dugaan-Mu

di sebalik dugaan ALLAH...ada hikmah terselindung..

KENAPA AKU DIUJI??
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman,"sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta." (Surah Al-Ankabut ayat 2-3)
.
KENAPA AKU x DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu,padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Surah Al-Baqarah ayat 216)

KENAPA UJIAN SEBERAT INI??
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. " (Surah Al-Baqarah ayat 286) RASA FRUST??"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yg beriman." (Surah Al-Imran ayat 139)
.
BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA??
"Wahai orang-orang yang beriman!Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) ,dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, dimedan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan). " (Surah Al-Imran ayat 200)
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepadaorang-orang yang khusyuk"
(Surah Al-Baqarah ayat 45)
.
APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI??
"Sesungguhnya Allah telah membeli drpd org2 mu'min,diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka...
(Surah At-Taubah ayat 111)
.
KEPADA SIAPA AKU BERHARAP??
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya.Hanya kepadaNya aku bertawakkal. "
(Surah At-Taubah ayat 129)
.
AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!
"...dan jgnlah kamu berputus asa drp rahmat Allah.Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah"

Wednesday, June 9, 2010

Telatah Si Kecil - Amalia

Kalau dah si kecil nie berceloteh......

Saturday, May 22, 2010

Petua Rumahtangga Bahagia

Petua Rumahtangga Bahagia

Oleh: Ustaz Asmungi Sidek

1- Sering melakukan kegiatan bersama-sama seperti makan bersama, keluar berjalan berdua-duaan, beriadah dan mandi bersama.

2- Galakkan isteri tidur di atas lengan suami. Isteri yang penyayang akan berada di belakang bahu sebelah kanan suami ketika berjalan.

3- Jaga agar mulut dan badan tidak berbau agar suami sentiasa mahu berseronok dengan isteri.

4- Isteri yang hangat dan romantis sentiasa mengharapkan suaminya berada di rumah bersama-samanya.

5- Tukar gaya penampilan setelah beberapa ketika untuk mengelakkan jemu kepada pasangan.

6- Kreatif mencipta suasana yang harmoni dan tenang dalam rumah tangga.

7- Sekiranya ada pergaduhan atau pertengkaran, cuba ingat kembali kenangan manis semasa bercinta dan berbulan madu.

8-Kenangkan jasa dan susah payah isteri mengandung dan melahirkan anak.

9- Sekiranya berlaku penceraian (bagi pasangan Islam untuk talak satu dan dua saja) jangan mudah menghalau isteri keluar dari rumah sebelum habis edah kerana mungkin suami isteri berminat untuk bersatu kembali (rujuk).

10- Suami kena lebih mesra dengan keluarga mentua kerana sekiranya rumah tangga menghadapi masalah, ibu bapa mentua boleh membantu dari segi nasihat.

11- Suami jangan tumpu perhatian yang berlebihan kepada dunia luar berbanding keluarga sendiri.

12- Isteri jangan lebih banyak masa menyibukkan diri dengan dunia luar, seperti aktif dengan kegiatan persatuan, berpolitik atau terbabit dengan jualan langsung.

13- Sentiasa berlembut dari segi percakapan, layanan kepada pasangan dan pergaulan sesama ahli keluarga.

14- Isteri perlu berhias lebih kepada suaminya berbanding apabila keluar rumah.

15- Menjawab setiap pertanyaan suami dengan lembut.

16- Pasangan tua, terutama isteri jangan terlalu rapat dengan cucu, tidur dengan cucu dan tinggalkan suami tidur sendirian.

17- Sekiranya ada masalah, bawalah berbincang. Jangan bertengkar dan masing-masing menegakkan pendapat sendiri.

18- Fahami dan hayati sifat pasangan dan anak-anak. Suami disifatkan seperti matahari sentiasa panas, isteri bulan; cantik, lembut dan indah dipandang, manakala anak-anak pula umpama bintang iaitu sifatnya sebagai penghibur dalam rumah tangga.

19- Suami isteri perlu mengekalkan sifat romantis dan sentiasa berhati muda walaupun masing-masing sudah berusia.

20- Anak-anak jangan dipaksa mengikut telunjuk dan kehendak ibu bapa tetapi beri mereka pilihan yang sesuai tetapi sentiasa awasi mereka.

21- Ketua rumah tangga yang bijak sentiasa ada perancangan jangka panjang untuk ahli keluarganya. Sama ada dari segi kewangan, pelajaran dan tempat percutian.

22- Keluarga Islam, pastikan sekurang-kurangnya dua waktu sembahyang berjemaah bersama-sama ahli keluarga – merapatkan hubungan dan kemesraan.

23- Jangan beri ahli keluarga makanan yang tidak halal atau diragui kehalalannya kerana bermula dari makanan membentuk air mani dan melahirkan generasi seterusnya.


Contoh rumahtangga bahagia
(sekadar gambar hiasan)

Jalan berpegangan tangan

Meluangkan waktu makan bersama di luar


Tuesday, May 18, 2010

layan gambo2 plak...

yg pakai baju putih ni nak tolong bako ker nak tolong makan jer...
erk! ada jugak yg terlentok tu nak interprem...
hehe.. aku rasa yg bertungkus lumus membako ni cuma sorang jer...

playing games...!!! kerusi beracun. mmg banyak tul racun2 kat kusi2 tu...
bont*** erk tuuuttt.... sapa besooo.. dia lah yang menang..... ikikikik!!
(tidak wajib memakai pakaian sukan - baju kelawor dibenarkan -
utk mereka yg berumur 40thn ke atas sahaja)


tiup belon plak!! adeh! ha tengok2.. yang belon biru tu kan, yang kanan sekali tu kan, peniup belon tu ada asmathic tau... sapa sangka, dia nyer belon lagi beso dari yang lain2... nasib baik tak kena wat CPR...
hah! hambik! ngeh.. ngeh..!! kHIng!!

naper?? tak pecayer?? dengan kulit2 oren ni sekali aku boleh NGAP tauuu!!
kuat la puLOK!!

macam biasa la... ayah pin lalu kat atas langit tuu... bawak sepanduk PEACE NO WAR! ekekekek!!


layan lagu2 winter sonata

listening to winter sonata songs... teringat plak masa kat korea dulu kat pulau jeju... tapi masa tu spring time... aku naik basikal duduk belakang dengan pelakon fofular korea - bae yong ju...

tengah layan kayuh beskal, tetiba aku jatuh terjelepuk atas daun2 yang gugur, adedeh!!! habis bersepah daun2 tu keliling pusing.... hmmm... nasib baik abang bae yong ju ada...

hehe... jangan nak perasan laa.... mamat tu pun tak hingin nak masuk belakon dlm mimpi aku... ekekek!! tapi ber angan angan tak salah kan...

udah2 ler tu melayan perasaan... malam2 camni tak tau nak borak ngn sapa, salu ngn husband, pot pet pot pet... smpai pukul 1-2 pagi pun boleh. ni, dah kejung rahang bila malam... bukan kejung sbb tak bercakap, tapi kejung sbb terjerit2 marah kat anak2 yg susah nak dengo kata mama dia.

nasib la badann...